Tuesday, September 25, 2007

Perihal Jin & Syaitan

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. (So, smoker tu faham2 la ye....)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


p/s: Untuk mendengar kuliah ini dgn lebih lanjut...sila ke http://surau-alikhlas.net/IsmailKamus.php


Sunday, September 23, 2007

Apabila Wanita Mengandung

Kepada sesiapa yang sudah berumahtangga dan sudah memiliki cahaya mata ataupun 'sedang' memiliki cahaya mata, sudah tentu amat memahami tulisan ini.

Apabila bercerita tentang mengandung, isu yang biasanya timbul ialah pantang larang, petua dan mengidam yang wajib dipatuhi. Secara tidak sedar amalan ini telah lama melekat dalam minda-minda Melayu sehinggakan bertukar menjadi sesuatu yang sukar untuk dibuang.

Banyak pantang larang seperti cara pemakanan, pemakaian, pertuturan yang sesetengahnya memanglah positif tetapi ramai dikalangan kita tidak mengetahui hakikat sebenar sebab musabab ianya dilakukan. Samalah seperti masalah dalam bermazhab. Kekadang amalan ini membendung Melayu untuk terus bersaing dalam dunia yang semakin moden ini. Contohnya seperti pantang larang memakan sesetengah buah-buahan. Fakta begini diberi bukanlah dari sudut kesihatan. Ianya cuma dari mulut orang-orang tua yang mentafsirkan kategori buah-buahan panas dan sejuk. Walaubagaimanapun, pakar bayi selalu menasihati ibu-ibu mengandung supaya memakan buah-buahan dengan banyak untuk vitamin bayi.

Pantang larang yang paling digeruni ialah menzalimi binatang. Akibatnya akan terbalas kepada bayi dengan kelahiran yang tidak sempurna seperti cacat anggota. Kita harus tahu, menzalimi binatang memang diharamkan dalam Islam pada setiap keadaan sekalipun. Namun dalam kondisi mengandung, mengapa ianya menjadi begitu wajib untuk dipatuhi. Harus diingat, keadaan bayi yang kurang sempurna bukanlah disebabkan kezaliman ibubapa. Kekadang ibubapa diuji Allah dengan keadaan itu. Tapi, bagi pengamal kepercayaan ini, fitnah akan timbul dengan membawa cerita-cerita kezaliman ibubapa dimasa mengandung. Kekadang, keadaan menjadi semakin serius apabila pekerja seperti nelayan, tukang sembelih dan pekerjaan yang melibatkan haiwan, mereka takut dan was-was dalam pekerjaan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Dalam petua-petua seperti membaca surah Luqman untuk anak yang cerdik, membaca surah Maryanm untuk mendapat anak, membaca surah Yusuf untuk mendapat anak lelaki, walaupun ianya berunsurkan Islam, ia pun telah disahkan tiada nas yang mengatakan khasiat ayat-ayat tersebut keatas bayi. Tetapi bacaan Al-Quran memang baik untuk pendengaran sama ada kita yang telah dewasa ataupun bayi dalam kandungan. Oleh itu pilihlah mana-mana surah di dalam Al Quran. Keadaan seperti ini menyebabkan amalan yang baik hanya dilakukan mengikut keperluan. Perkara ini sudah lali dalam masyarakat Melayu.

Penekanan paling besar dalam hal mengandung ini ialah mengidam. Semua orang mengakui hakikat ini namun sejauh mana kebenarannya? Dari cerita klasik Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Dang Anum menjadi korban akibat memakan nangka di raja. Dari bilik-bilik kursus perkahwinan, ustaz-ustaz menyogok calon-calon dengan cerita lucu berkenaan mengidam ini sampaikan ada yang makan sabun, selipar jepun, tidak boleh mencium bau badan suami dan lebih parah lagi, ianya juga boleh terkena kepada suami. Dari mulut ibu mertua pula, macam-macam nasihat diberikan bagi keperluan menunaikan hajat isteri.

Kita percaya bahawa perempuan yang mengandung akan mengalami sindrom mengidam. Namun, setelah zaman berlalu, ianya bertukar kepada amalan apabila mengandung hinggakan fakta songsang orang tua-tua mengatakan ianya kehendak bayi dalam kandungan.Sekiranya tidak dipenuhi, dikhuatiri akan mendatangkan kesan kepada bayi.

Kajian sains mengatakan ianya ada kaitan dengan hormon. Perubahan hormon ini menyebabkan keletihan, muntah-muntah, emosi mudah tersentuh, marah-marah dsb. Perubahan hormon wanita memberi kesan yang ketara terhadap emosi seperti juga Premenstrual Syndrome (PMS). Namun, kesan sindrom ini hanya disebabkan gangguan psikologi kepada wanita dalam keadaan tidak selesa. Setelah teknologi menghasilkan tuala wanita yang lebih selesa, kita sudah jarang mendengar PMS ini disebut-sebut. Begitu juga keadaannya dengan sindrom mengidam ini. Jika dilihat dari pelbagai sudut, kita dapati wanita dalam keadaan serba kekurangan tidak menghadapi masalah ini. Tapi wanita yang bisa mendapat apa yang dihajati mula meminta-minta perkara yang diluar jangkauan. Ini adalah kerana kawalan psikologi bagi wanita yang tahu dia tidak mampu mendapatkan apa yang dihajati lebih kuat dari kawalan wanita yang selalu meminta-minta. Anak yang manja dengan ibubapa sanggup tinggal bersama ibubapa untuk mendapatkan menu-menu yang berlainan setiap hari. Namun wanita yang tahu suaminya hidup sederhana, selesa memakan menu yang sama setiap hari.

Dengan ini, faktor kawalan psikologilah yang sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam mengatasi sindrom mengidam ini. Kecekalan wanita membawa kandungan selama sembilan bulan amat dihargai. Mungkin faktor inilah yang kekadang menyebabkan wanita itu mahukan sesuatu yang istimewa dalam tempoh tersebut. Si suami pula cuba melakukan apa sahaja demi isteri tercinta. Akan tetapi, gejala ini semakin berlarutan sehingga akan membawa kepada keperluan memenuhi kehendak ibu yang mengandung. Ia mungkin suatu masalah yang boleh dipandang ringan kerana hanya melibatkan makanan. Tetapi, masalah yang sebenarnya ialah, ia sudah menjadi kewajipan dan mendatangkan kepercayaan karut yang memundurkan masyarakat. lihat sahaja masyarakat barat yang tidak menekankan gejala ini dalam kehidupan mereka. Wanita mengandung masih lagi energatik, produktif selagi belum sampai masanya. Masyarakat kita hanyalah fikirkan makanan apa yang hendak dipenuhi bagi menghilangkan mengidam. Apakah ini dapat membantu?

Mungkin ramai wanita yang tidak bersetuju dengan pandangan saya. tetapi fikirkanlah apa yang terjadi pada kenduri arwah, tahlil, talkin, yasinan...ia memang sukar untuk dibuang. Pada suami yang menghadapi isteri yang mengidam dengan teruk, mereka akan tahu. Saya bercakap melalui pengalaman. Saya mencuba dakwah psikologi berkenaan tabiat mengidam ini kepada isteri saya yang bakal melahirkan anak pertama Januari ini, Alhamdulillah, tiada masalah mengidam. Jalan takwa adalah ubatnya. Tahniah kepada isteri tercinta.

Saturday, September 15, 2007

Susuk - Kesesatan Melampau

Nih Sikit Preview


Astaghfirullah....

Kenapakah pihak berwajib meluluskan filem/drama sebegini? Sungguh tidak masuk akal kita yang sudam masuk ke abad 21 masih menghasilkan cerita sebegini. Ini semua cerita dongeng yang pada dahulunya sudah diharamkan oleh Mohamad Rahmat. Saya amat berbangga dia berjaya mengharamkan cerita sebegini. Sedikit sebanyak dapat menjauhkan minda Melayu dari amalan syirik dan khurafat sebegini.

Terdapat beberapa aspek yang dapat dikritik dari cerita sebegini. Antaranya ialah aspek agama.

Aspek Agama
Dari jalan cerita ini, mesej utama ialah kebaikan (Cinda and the guardians) melawan kejahatan (Degawan the servants). geng baik seperti biasa, apabila melawan unsur2 syaitan mestilah dilengkapi elemen Islam dan melawan geng jahat daripada elemen syaitan. Sekali pandang element-element Islam yang pengarah tunjukkan ialah kuasa ghaib yang dikeluarkan oleh geng baik. Sesungguhnya, semua amalan mereka adalah bertentangan dengan Islam sendiri. Dalam Islam, tidak pernah lagi alim ulama terdahulu menyatakan tentang ilmu2 ini malah tidak pernah mengamalkannya. Rasulullah sendiri berperang menggunakan keringatnya sendiri hinga luka-luka. Sekiranya kuasa sebegini adalah dari Islam, mengapa Allah tidak kurniakan kuasa tersebut kepada kekasihNya?
Pak Ali yang kononnya orang alim, mengapa pada satu babak dia mengubati Cinda di rumah seorang duda tanpa ada perempuan lain. Kemudia dengan macho menghilangkan diri begitu saja setelah selesai dan membiarkan Cinda dan Kamal berada di rumah yang sama. Ini boleh mengundang fitnah.
Cinda dan Noni mempunyai kuasa ghaib hasil daripada susuk yang dipakai. Apakah ini kuasa jin/syaitan yang mengekorinya? Kalau dia betul-betul insaf kenapa syaitan masih lagi berdamping dengannya. Adakah kuasa pasca-insaf yang mereka perolehi? Kalau macan tu , sesungguhnya merekalah dikalangan orang yang berutung...
Pengarah cuba mengabui penonton dengan kebaikan Cinda yang kononnya telah insaf. Dilihat dari sudut pakaian saja sudah menunjukkan dia belum insaf. Seorang yang insaf akan berdamping dengan tuhannya dengan mencari kebaikan. Kebanyakan makcik2 yang menonton begitu menyebelahi Cinda sampai terlepas pandang hukum hakam agama.
Jampi dan doa2 memusnahkan kuasa jahat tidak jelas. Saya pasti ianya tidak wujud. Hanyalah mimik mulut sahaja. Ini akan menimbulkan prasangka penonton. Bagi mereka yang kurang pengetahuan akan terus percaya kepada adegan tersebut.

...akan bersambung...

Friday, September 14, 2007

Ampunkan Dosaku

Ni Sample Movie
Kalo nk tgk full masuk jer youtube...



Comment

Video ni support kenyataan Dr. Mashitah dalam paper apa ntah. Seorang bertanya kepada Dr.Mashitah tentang kariernya seorang pelacur bagi menyara keluarganya. Dan dia tidak mampu untuk melakukan kerja lain kerana tiada kelulusan dalam pengajian. Dr. Mashitah jawab diharuskan bg sesorang yang dalam keadaan darurat. Jadi cerita ini nk focus kedaruratan ibu ni lah.
Si adalah seorang cina dan mungkin tida pertimbangan islam ke atas jalan cerita ini. Jadi kekurangan ini tertanggung di atas kepala penulis skrip yang merupakan islam (jika dilihat pada namanya).
Kita tidak menafikan derhaka kepada kedua ibubapa maka nerakalah tempatnya. Nabi pernah bersabda (bunyinya lebih kurang) "Sekiranya ibubapa menyuruh melakukan syirik maka ingkari perintahnya tetapi berbaiklah dalam amalan dunia terhadapnya".
Masalahnya cerita ini hanyalah cerita sedih yang seperti banyak cerita lain mengenai kedurhakaan anak kepada orang tua. Seperti juga banyak cerita lain seperti Si Tanggang, dan banyak lg drama swasta. Jadi si penonton sudah tahu jalan cerita bagi anak yang durhaka akan berakhir dengan keinsafan ataupun penyesalan. Orang kita sudah lali dengan moral cerita ini sampai ada yang tidak menghayati moral daripada cerita yang biasa ditonton. Yang tahu hanyalah mengalirkan air mata pada sesuatu babak.
Kenapalah kita kekurangan penulis skrip yang lebih dinamik dalam menafsirkan masalah masyarakat. Banyak yang cuba membuat cerita mengenai kesalahah yang ditutupi kesalahan lain dan menjadiakan kesalahan pertama ditafsir kepada kebaikan. Seperti cerita ini, seorang ibu yang sanggup melakukan dosa dengan tuhan bagi menyara keluarga. Nampak seperti ibu yang sanggup masuk neraka demi anak-anak. Neraka bukanlah mainan. Seperti kita sanggup bermatian demi anak tersayang.
Duhai penulis skrip, dimanakah nilai takwa dalam filem ini? Dimanakah nilai seorang islam yang berserah kepada tuhannya. Kita mahu melihat itu dalam filem-filem kita. Bukan nilai anak derhaka kerana kita semua sudah lama tahu.
Dengan hanya komen anak yang makan ikan kering takkanlah sampai memaksa si ibu untuk jadi pelacur? Aku dulu pun pernah menagis tiap2 hari makan ikan kering di depan ibuku. Tapi dia tetap bersabar. Sekarang dia sudah boleh hidup senang berkat kesabaran ayahku menanam sayur.
Kalau dikira kesempitan hidup, aku rasa hidupku lebih sempit kerana berapakah sangat hasil jualan sayur? Sekarang ayahku sudah berjaya dengan perniagaan perabotnya dan walaupun aku sudah dewasa, dia tetap mahu menyara aku.
Sekarang bukanlah tempat untuk berkata kekurangan ilmu menjadi penyebab kesempitan hidup. Paling kurang menjadi operator kilang dengan kelayakan minimum. Gaji pekerja kilang mencecah 2k sekiranya dicampur OT. Mungkin si ibu tu mencari jalan mudah.
Sesungguhnya hasil haram adalah tidak berkat dan kebanyakan anak yang disara dengan hasil haram tadak akan menjadi insan yang soleh. Jadi pengajaran cerita ini sedikit sebanyak terbias kepasa si ibu.
Duhai penonton Melayu, dinamikkan fikiran anda. Jangan mudah membuat kesimpulan yang tersurat. Yang tersirat lebih bermakna.
Wallahua'lam...

Komen dari cerita yang lemah pengarahannya.
1. Kenapa 'hero' dia naik bas ppi kerja? Rumah dia agak mewah bagi seorang yang bujang. Mungkin pengarah nak memudahkan pertemuan dia dengan ibunya di stesen bas
2. Si hero ada menyatakan dosa ibunya sudah terampun kerana balasan yang diterima ibunya. Sejauh mana dia mengetahui hal ini? Taubat yang sebaiknya ialah taubat hingga akhir hayat kerana kita tidak tahu status taubat kita. Namun teruskanlah hidup seperti biasa.
3. Orang yang bertakwa tidak akan menjadi gila kerana dia bergantung harap kepada Allah
4. Kenapa dunia cerita ni begitu kecil? Pusing2 kot tu jugak. Lawak ler. Macam boleh teka cerita melayu ni. Ni semua kerja pengarah yang nak memudahkan cerita.

End Comment

Friday, September 7, 2007

Hubungi Aku

Email : hisham@boxxevolution.com