Thursday, December 25, 2008

Hukum Mengucapkan Merry Christmas

Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/

Apabila penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di enjin carian internet www.google.com, hasil penemuan pertama yang dikemukakan menyebut:

Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph. His real Father is God and Jesus was God's gift to all of us!

Christmas is the celebration of the birth of Jesus. Christians decided to celebrate this day many years after He was born. December 25 was picked as this day, even though it probably is not the exact day He was born. That is not as important as the reason we celebrate Christmas. Jesus is the reason for the season. The season is not just to receive gifts, get time off from school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was born for us...to take away our sins...so that we can be forgiven of the bad things we do forever. This is the greatest gift of all! [www.godschildrenscorner.com]

Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara, pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Adalah memadai dalam artikel ini kita memberi tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu Jesus sebagai anak Allah.

Apakah pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki anak? Jawapannya boleh diperolehi secara jelas daripada al-Qur’an.

Pertama, Allah adalah Tuhan yang bebas daripada diperanakkan atau memiliki anak. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya". [al-Ikhlas 112:1-4]

Kedua, mengatakan Allah memiliki anak adalah satu kesalahan yang amat berat:

Dan mereka berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. [Maryam 19:88-92]

Ketiga, dakwaan Allah memiliki anak adalah sebahagian daripada kepercayaan Trinity yang dipegang oleh orang-orang Kristian. Kepercayaan Trinity bermaksud Allah adalah tiga sekalipun satu, iaitu (1) The Father, (2) The Son and (3) The Holy Spirit. Ini adalah satu kesalahan yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.

Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)".

Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [an-Nisa’ 4:171]

Keempat, apabila orang-orang Kristian enggan berhenti daripada kepercayaan Trinity mereka sebagaimana yang dilarang oleh ayat 171 surah an-Nisa’ di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghukum mereka kafir:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:73]

Ayat-ayat al-Qur’an di atas tidaklah bersifat samar-samar dalam menyatakan kesalahan mendakwa Allah memiliki anak. Pengkhususan diberikan kepada kepercayaan agama Kristian yang mendakwa Jesus adalah anak Allah. Jesus sebagai anak Allah adalah salah satu unsur Trinity. Berpegang kepada kepercayaan sebegini adalah satu kekafiran yang tidak diragukan lagi.

Alhamdulillah umat Islam bebas daripada kepercayaan Allah memiliki anak dan Trinity. Akan tetapi umat Islam tidak sahaja dituntut untuk menjauhi kepercayaan sedemikian tetapi juga dilarang daripada membantu atau menyokongnya. Ini kerana di dalam Islam, apabila sesuatu perkara itu adalah salah maka kita bukan sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [al-Maidah 5:02]

Termasuk dalam keumuman perintah “…bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan…” ialah membetulkan kepercayaan orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan bukan dengan menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan dialog dengan cara yang terbaik, yakni dengan ilmu dan hikmah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, melainkan kepada orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu. Dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri." [al-Ankabut 29:46]

Termasuk dalam keumuman perintah “…janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa…” ialah jangan kita membantu dan menyokong kepercayaan orang-orang Kristian. Di antaranya ialah jangan diucapkan: “Merry Christmas” kerana dengan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama, kita mengiktiraf kepercayaan mereka dan memberi ucapan tahniah untuk mereka meneruskan kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke atas kita.

Adapun tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani, ia adalah tindakan yang menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Mumtahanah 60:08]

Akan tetapi menghormati dan berbuat baik kepada orang bukan Islam, dalam kes ini orang-orang Kristian, tidaklah sampai ke tahap membenarkan dan membantu kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah. Sebagai contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. [Luqman 31:15]

Jelas bahawa berbuat baik tersebut adalah dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa yang bersifat syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik maka tidak ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana syirik tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan ibubapa mereka dengan cara yang baik.

Justeru kita memang dituntut berbuat baik kepada orang-orang bukan Islam. Akan tetapi tuntutan ini tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada Allah atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai perayaan keagamaan mereka.

Timbul persoalan seterusnya, bagaimana seharusnya sikap kita kepada majikan, guru, rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang menyambut Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu anjakan paradigma. Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila menghadapi sesuatu persoalan seringkali akan cuba mengubahsuai agama Islam supaya selari dengan persoalan tersebut. Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama Islam? Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi pemimpin, bukan asyik dipimpin.

Dalam kes ini, sikap kita terhadap orang-orang Kristian yang berkaitan ialah menerangkan kepada mereka bahawa kita menghormati kepercayaan yang mereka pilih. Akan tetapi tidaklah bererti kita mengiktiraf dan menyertai perayaan keagamaan mereka kerana ia bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri. Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti mudah untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah mungkin ia dapat membuka ruang dakwah untuk kita membetulkan kepercayaan Trinity yang mereka pegangi.

Sudah tentu bahawa penjelasan dalam dua perenggan terakhir di atas adalah berdasarkan kemampuan setiap individu. Jika seseorang tersepit dalam suasana yang menekan, maka dibolehkan baginya mengucapkan Merry Christmas sebagai pilihan yang terakhir. Allah sebagai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengetahui apabila seseorang hambanya terpaksa melakukan satu perkara yang tidak diingininya.

Perkara lain yang perlu digariskan adalah, tidak mengucapkan Merry Christmas tidak bererti akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana perpaduan rakyat bukan bererti persatuan agama tetapi saling menghormati ajaran agama masing-masing.[1]

Menghormati ajaran agama masing-masing bukanlah bermaksud kita umat Islam perlu mengalah kepada orang Kristian dengan mengucapkan Merry Christmas kepada mereka, tetapi dengan orang Kristian sendiri yang mengalah kepada umat Islam dengan menghormati kenapa ajaran Islam melarang umatnya daripada mengucapkan Merry Christmas.

[1] Perlu dibezakan bahawa “menghormati ajaran agama masing-masing” tidaklah bererti kita boleh menjadikan umat beragama lain sebagai Wali. Kedua, ia tidak bererti kita boleh meninggalkan kewajipan untuk berdakwah kepada mereka. Lebih lanjut rujuk risalah penulis: Kerukunan Antara Agama, Bukan Kesamaan Antara Agama yang dimuatkan dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah – Buku 2 (Jahabersa, Johor Bahru 2005).

Friday, December 19, 2008

Syiah Datang Untuk Menguatkan Islam atau Meruntuhkannya?

Dengan imej sebagai pembela umat Palestin, Hizbullah meraih kemenangan yang diiktiraf oleh Israel dalam perang Israel – Hizbullah yang lalu. Peningkatan imej kaum Syiah ni berganda-ganda mendapat sokongan mereka yang buta sejarah dunia Timur Tengah. Dengan imej keberanian memprovokasi Amerika dan Israel dengan mencanang perang media paling hebat abad ini, imej syiah diformat sebagai pembela umat Islam dan penyatu umat islam diserata dunia. Inilah masa sesuai kaum parsi mengeksport Revolusi Syiahnya dengan lebih agresif ke seluruh dunia Islam dengan menampilkan imej persamaan dan persaudaraan sesama Islam. Namun benarkah begitu? Berdasarkan kajian hakikat yang timbul ialah kulitnya sama tetapi isinya berbeza malah beracun. Apa yang didakwa sama itu sebenarnya telah lama hadir dalam bentuk sebagai “pesaing” disebalik tabir yang kini makin tersingkap dengan beberapa point yang dipetik oleh penulis di bawah. Semuanya membuktikan Syiah sebenarnya merupakan pencabar paling licik kepada agama kita yang mulia ini.


Setiap yang ada pada Islam pasti ada ‘copy’ dari agama Syiah. ‘Copy’ ini hadir pada hakikatnya bukanlah untuk menguatkan agama Islam tetapi dicipta untuk merombak aqidah dan keyakinan manusia pada satu-satunya agama di sisi Allah – ISLAM. Islam datang menghamparkan aqidah serta sendi-sendinya yang sedia tertegak, Syiah pula men’duplicate’ dan menggubah semula dalam bentuk Parsinya bagi menghancurkan kesemuanya dari dalam dengan slogan 'persamaan' dan 'persaudaraan' sesama Islam.

Lihatlah bagaimana Islam dicabar oleh Syiah :

  1. Kalam Allah iaitu Al-Quran Al-Karim dicabar oleh “mushaf Fatimah”, atau “Mushaf Imam Ali’, “al-Jami’ah”, atau “Sahifah al-Namus”, atau “Sahifah al-Abithah”, atau “Sahifah al-Dzuabah al-Saif” atau “al-Sahifah al-Kamilah” atau “al-Jufr” oleh Syiah yang akan dibawa oleh Imam Mahdi (sebenarnya Messiah Dajjal) mereka. Begitu juga umum mengetahui lebih 2000 riwayat daripada agama Syiah yang mendakwa Al-Quran sekarang adalah palsu direka-reka oleh para sahabat nabi.
  2. Para Nabi Allah yang diutuskan oleh Allah disaingi oleh Syiah dengan menghadirkan ciri-ciri khusus kepada para imam mereka berdasarkan riwayat-riwayat dusta dari pendusta Yahudi dan Nasrani seperti – sifat maksum, menerima wahyu, dan darjat Imam yang melebihi para Nabi Allah berketurunan Bani Israil, dan dakwaan mereka menyatakan para Nabi Allah tidak mampu mencapai darjat Imam mereka. Ia termasuklah kenyataan Syiah menyatakan Fatimah pun menerima wahyu dan Jibrail tersilap menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad yang sepatutnya dihantar kepada Ali.
  3. Baitullah al-Haram - Ka’bah di Tanah Suci Makkah, dicabar oleh Ka’bah Syiah di Najaf. Sebelum kelahiran Islam, Raja Abrahah di Yaman membina sebuah ka’bah palsu kerana kedengkiannya terhadap Baitullah di tanah suci Makkah dianggap musuh Allah serta kufur dan kisahnya masyhur sehingga dirakam dalam Al-Quran (surah al-Fil) sebagai pengajaran umat kemudian. Kejahatan dan kekufuran Abrahah tidak padam setakat men’duplicate’ Ka’bah tetapi menyerang kota suci yang mulia dengan tentera bergajah dan kisahnya sering disebut-sebut dalam penceramah maulid al-rasul di Malaysia saban tahun. Justeru apakah tidak layak untuk kita menyamakannya dengan kejahatan dan kekufuran syiah yang juga bukan sahaja turut men’duplicate’ Ka’bah di Najaf tetapi bahkan turut menyerang Ka’bah membunuh ribuan para jemaah haji dan kaum Syiah Qaramitah juga telah merampas Hajar al-Aswad dibawa ke Najaf selama bertahun-tahun. Hakikatnya Rumah Allah di Makkah dan Madinah bukan terselamat sebenarnya kerana ia akan diancam oleh Mahdi Syiah (Dajjal) yang bakal muncul nanti seperti yang dijelaskan oleh hadis-hadis Syiah.
  4. Keutamaan Tanah Suci Aqsa, Makkah, Madinah oleh Islam melalui Kalam Allah dan Rasul-Nya dicabar oleh tanah-tanah yang lebih suci bagi kaum Syiah - Karbala’, di Iraq atau kini kota suci Qom dan Mashad di Iran yang disucikan oleh perawi-perawi pembohong Syiah yang bearasal dari Yahudi. Padahal tanah-tanah suci ini juga merupakan tempat kelahiran imam-imam Syiah sendiri. Betapa banyak hadis syiah yang mengutamakan tanah Karbala’ tempat terbunuhnya al-Husein sehingga batu-batu Karbala’ menyertai solat mereka. Lihat pula bagaimana orang-orang berasal dari keturunan parsi yang menyembah api boleh menganggap bekas tanah berpijaknya raja Kisra yang enggan menerima Islam bila diutuskan surat kepadanya, iaitu Qom dan Mashad sebagai tanah suci bagi agama Syiah. Tidakkah ia membuktikan manusia pengkhianat kaum syiah sebenarnya sentiasa menyaingi perkara berkaitan bumi Bakkah yang sungguh mulia di sisi Allah itu?
  5. Zakat vs Khumus. Khumus iaitu mengeluarkan seperlima harta kepada Imam Mahdi yang ghaib muncul ketika era keghaiban kecil ‘Mahdi’ bersama munculnya kitab-kitab Syiah yang empat iaitu, Usul al-Kafi, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man La Yahduruh al-Faqih. Ketika itu lebih dari dua puluh orang mujtahid dan sayyid mengaku sebagai wakil imam ghaib dengan berkata : Kami secara lansgung mendapat ilham dari imam yang ghaib”. Membolehkan mereka untuk mengambil seperlima dari harta hasil usahan pengikut mereka – Syiah sebagai ufti. Khomeini memfatwakan harta itu bukan sahaja terhad kepada Imam dan keturunan Ahli Bait bahkan diperuntukkan kepada kira-kira 100 mujtahid agama Syiah bagi mengagihkan harta-harta Syiah yang menimbun sejak zaman Imam Ghaib yang tak terkira jumlahnya. Ulama’ Syiah telah mendahulukan khumus untuk kepentingan diri mereka berbanding ibadat zakat yang berkat yang tidak pernah difardhukan dalam agama Syiah.
  6. Sahih al-Bukhari disaingi oleh Usul min al-Kafi karangan al-Kulaini yang dianggap oleh syiah lebih sahih. Hadis-hadis al-Bukhari dan Muslim yang ditapis menerusi disiplin yang ketat ilmu dirayah dan ilmu riwayah mencapai kedudukan kedua paling sahih selepas Al-Quran disaingi oleh hadis-hadis al-Kulaini yang mana disahihkan oleh ulama’-ulama’ silam Syiah tanpa soal dan penerimaan secara mentah tanpa menggunakan apa-apa disiplin ilmu pun bagi membahaskan status sekian banyak jumlah perawi-perawi dalam kitab berkenaan. Hakikat yang jelas para perawi itu berasal dari agama Yahudi dan Nasrani yang dikecam dilaknat oleh para imam Syiah sendiri. Bila mana hakikat ini jelas dengan nyata, muncullah ulama’-ulama’ moden Syiah menapis dan mengkritik Usul al-Kafi secara bertaqiyyah bila berhadapan dengan ulama’-ulama’ Sunnah tetapi disebaliknya mereka menerima dan mengamal hadis-hadis mereka tanpa taqiyyah.
  7. Dua Hari Raya Besar Islam iaitu ‘Iid al-Fitri’ dan ‘Iid al-Adha’ merupakan hari kemenangan umat Islam hadir bagi menggantikan Hari Nairuz (Nawrooz) dan Hari Mahrajan, dua perayaan kaum Parsi yang telah menyelinap dalam amalan jahiliyyah Arab. Tetapi lihatlah di Iran hari ini betapa Hari Nawrooz ini menjadi hari ulang tahun Iran dan Hari Mehrajan diraikan bagi menghidupkan apa yang telah dihapuskan oleh Allah kepada umat Islam. Di samping perayaan-perayaan berunsur Parsi yang lainnya seperti meraikan Hari Baba Shuja’ (Abu Lu’luah) – meraikan kemenangan Parsi bagi meraikan terbunuhnya khalifah Umar ditangan Abu Lu’luah, Hari Ghadir, Maulid Fatimah,Pesta Api atau Chahar Shanbeh Soori dan pelbagai hari-hari besar kalendar Parsi yang pernah disebutkan oleh abunajmi dalam artikel beliau sebelum ini.
  8. Azan umat Islam yang disyariat secara tauqifi dan dilaungkan di tanah Makkah dan Madinah serta seluruh dunia sejak zaman Nabi disaingi oleh Azan Syiah yang nyata berbeza sama sekali.
  9. Kepercayaan terhadap konsep Imam Mahdi di kalangan Sunnah yang diyakini sebagai khalifah biasa tanpa memiliki apa-apa kelebihan disaingi oleh Mahdi Syiah yang memiliki mukjizat dan ciri-ciri yang sungguh ‘istimewa’ dengan pembalasan dendam bagi menghapuskan umat Islam. Mahdi Syiah ini bukanlah rahsia di kalangan Syiah sebagai Messiah Dajjal berdasarkan keterangan hadis-hadis syiah sendiri.
  10. Nikah secara islam dicabar oleh Nikah Mut’ah Syiah. Mut’ah pernikahan jahiliyah yang telah diharamkan oleh Nabi s.a.w semasa perang khaibar berdasarkan keterangan hadis Syiah sendiri yang berbunyi. Menurut riwayat mereka, Amir al-Mu’minin berkata : “Pada hari khaibar Rasulullah s.a.w telah mengharamkan keldai peliharaan dan nikah mut’ah”. [Lihat Furu’ al-Kafi, jil.2, m.s : 48, Tahzib al-Ahkam jil.2, m.s 186, al-Istibsar, jil.3, m.s 142, Bihar al-Anwar, jl.100, m.s : 318 dan Wasa’il al-Shiah jil.14, m.s 441.] Nikah mut’ah dihidupkan semula oleh Syiah malah menjadi usul agama mereka [Lihat, jil.3 m.s : 366 dan Tafsir Manhaj al-Sadiqin, jil.2, m.s : 495]. Ia dihalalkan tanpa had jumlah wanita walaupun dengan hanya sekali tidur dengan kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan dengan tujuan-tujuan tertentu seperti ; bagi mendapat ganjaran mengunjungi Ka’bah (mengerjakan Haji) sebanyak 70 kali. Untuk memadamkan kemarahan Allah dan mendapat keampunan Allah dari dosa-dosa yang dilakukan serta akan berdampingan dengan Nabi disyurga kelak [ Lihat : Man La Yahduruh al-Faqih, jil.3, m.s : 366 ].
  11. Paling sadis ialah fatwa Khomeini yang berbunyi : “Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih disusui dengan pelukan, himpit keduan peha dengan kemaluan dan ciuman”. [Lihat tahrir al-Wasilah, jil.2, m.s : 241]. Mut’ah dihidupkan bagi melampias nafsu buas para ulama’ Syiah terhadap wanita dan menentang ayat Allah yang mensyariatkan hanya empat isteri sahaja diperbolehkan untuk dinikahi, “…Nikahilah seorang wanita, atau dua orang, atau tiga orang atau empat orang. Jika kamu bimbang tidak berlaku adil maka hendaklah kamu nikah dengan seorang isteri sahaja..” [Surah al-Nisa’, ayat 3 ]. Justeru kehadiran Syiah ini sememangnya untuk meramaikan jumlah anak-anak luar nikah dan mencemarkan imej islam di atas nama zina yang halal. Anak-anak luar nikah merupakan salah satu kelompok pengikut Dajjal yang paling ramai.
  12. Husainiyyat pada 10 Muharram – Hari Raya Karbala’ yang disadurkan dari penyesalan kaum Yahudi diatas dosa-dosa mereka. Amalan ini diwarisi dari amalan kaum syiah Kufah yang terkenal dalam sejarah sebagai kelompok ‘al-Tawwabun’ yang bertindak mengutus surat kepada Husein bin Ali bagi membunuhnya dengan bertindak menjemputnya dengan alasan ingin membai’ahnya sebagai pemimpin di Kufah. Ia membuktikan sebenarnya Syiah telah melakukan perbuatan yang sama seperti Yahudi membunuh orang-orang salih termasuk nabi-nabi mereka. Bezanya syiah membunuh orang-orang salaf al-salih seperti Umar al-Khatab, khalifah Uthman, Ali bin Abi Talib serta kedua cucu Rasulullah s.a.w ; Hasan dan Husein bin Ali r.a dengan bertindak menyelinap dengan nama kelompok khawarij dan penentang Husein. Apa yang pasti dengan imej memukul pedang bada badan diri sedniri, menyiksa dan bersikap kejam terhadap anak-anak sendiri ini telah mencemarkan nama Islam sebagai sebuah agama yang bersifat perikemanusiaan menghormati diri sendiri serta agama yang waras. Di Malaysia penganut Syiah menyambut dengan taqiyyah disebalik memasak bubur Ashura’ dan menepuk dada mereka kerana jumlah mereka masih belum ramai lagi. Saat taqiyyah akan berkubur bila mana jumlah mereka menjadi majoriti. Contoh Husainiyyat.

Kesimpulan

Inilah sebahagian daripada slogan ‘persamaan’ agama dan ‘persaudaraan’ dari segi kulit yang dieksport oleh syiah ke serata dunia khususnya di alam melayu ini. Semoga kita terus mengkaji dan mengenali asal usul salah satu cabang gabungan agama Yahudi + Parsi yang sedang riuh memekik kepada umat Islam Malaysia di alam maya ini. Buang sikap berbaik sangka apabila berhadapan dengan Yahudi ini kerana dalam al-Quran menyebut, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepada kamu sehingga kamu masuk kepada agama mereka”. Sebagaimana juga maksud hadis, Baginda Nabi s.a.w menyuruhkita mengelakkan anak-anak yang baru lahir dari menjadi Yahudi, Nasara atau Majusi… Janganlah kita semua mati melainkan dalam Islam yang suci dan paling sesuai dengan fitrah manusia ini.

tenteradajjal.blogspot.com

Sunday, December 14, 2008

Saasatul Ibaad | Faisal Tehrani Mengaku Syiah

Ini buku terbaru yang saya baca, kali ini bukan dari kategori non-fiksi, ia sebuah novel, berlatarkan sejarah tahun 1699, dalam Kerajaan Johor Lama, yang kesudahannya saya rasa semua tahu dan maklum, kerana ia pernah difilemkan, Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

Novel ini adalah tulisan Faisal Tehrani, penulis muda yang sedang membina nama sebagai penulis tersohor. Saya mula menggemari gaya bahasa Faisal sejak mula berkenalan dengan karyanya lewat 1515. Sebelum itu saya hanya membaca novel Melayu karya Abd. Talib Hassan ataupun Abdul Rahim Awang. Penulis-penulis hebat biasanya membawa personaliti mereka dalam penulisan, begitulah Abd. Talib Hassan, begitulah Abdul Rahim Awang, maka begitulah juga si Faisal Tehrani ini.

Saasatul Ibaad maksudnya pemain politik, ringkasnya ia bercerita tentang pemain-pemain utama dalam senario politik Johor Lama di sekitar tahun 1699 itu, cerita ini berkisar di sekitar watak-watak benar yang difiksyenkan secara sangat baik oleh Faisal.

Di sebalik langgam bahasanya yang mengasyikkan, Faisal ternyata telah sangat menggusarkan saya. Menggunakan kehalusan ayat-ayatnya, Faisal melemparkan dan mengajar doktrin Syiah, lebih dari itu meletak watak-watak utama dalam Kerajaan Johor Lama seperti Bendahara Tun Habib Abdul Majid, anakandanya Bendahara Tun Abdul Jalil (kemudiannya Sultan) dan guru mereka Orang Kaya Dato Utama Mahdi Hasan dari Naning sebagai pengamal Syiah. Ya, saya faham atas nama fiksyen dan kreativiti, sejarah boleh dilakar dengan apa sahaja rupa dan wajah, tetapi seperti saya katakan tadi, penulis hebat biasanya membawa personaliti mereka di dalam penulisan, dan itulah personaliti Faisal Tehrani. Kehebatan seni Faisal Tehrani nampaknya semakin hari semakin dicemari propaganda ideologinya sendiri.

Sebagai sebuah novel yang berkait dengan cara pemerintahan baik, tidak kisahlah jika Faisal hanya mahu menurunkan pesan-pesan yang pernah disampaikan oleh Saidina Ali Abi Talib sahaja, padahal banyak lagi pesan pasal pemerintahan negara yang boleh dikutip hasil titipan tiga lagi Khulafa’ ur-Rasyidin, Saidina Abu Bakar, Omar dan Osman. Saya juga tidak ralat bila Faisal memasukkan berderet hadis-hadis yang bersanadkan Muhammad ibn Ya’kub al-Kulaini (yang didakwa sebagai ahli hadis paling baik dan paling awal), yang dikenal sebagai mujadid Syiah ketiga. Faisal mungkin sahaja boleh berkata itu kata orang, bukan kata-katanya sendiri.

Tetapi sebuah pantun yang digarap Faisal dan dimasukkan ke dalam novel ini betul-betul menderau darah saya, perhatikan baris-barisnya;

Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,
Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah.


Faisal nampaknya menganut faham bahawa tidak wujud khulafa’ ur-rasyidin, kerana bagi Faisal, Abu Bakar, Omar dan Osman itu bukan khalifah, hanya Saidina Ali seorang sahaja.

Fasal mensyiahkan Kerajaan Johor Lama pula, Faisal jelas melarik propaganda ini dalam satu dialog Dato Utama Mahdi Hasan, “Sudah. Cakap tuan itu laut yang bahaya. Seperti teluk disangka elok, pulaunya kecil berbahaya, ada batu berendam juga gelombang dan karang yang mengancam. Moleklah disimpan perkara sampai tiba masanya. Mungkin bukan kerja kita. Mungkin zaman Abdul Jalil bila sudah ada peluang dan tersedia ruang, akan kita lakukan perubahan yang pernah kita rencanakan. Johor akan mendapat manusia seperti Alaudin, seperti Aceh pernah mendapat ia, bila tiba masanya. Dan kalau diizinkan Allah dan para sayyid, akan kita dapat negeri walaupun jauh dari Madinah, jauh dari Kufah. Dengan negeri itu kita menantinya nanti kembali mendiri pemerintahan di Kufah.”

Yang lain-lain dari novel ini, yang saya rasa penting juga untuk saya perturunkan di sini sebagai persoalan yang boleh dibincangkan adalah kecenderungan Faisal untuk menggambarkan kebejatan pemimpin dalam novelnya dengan aktiviti seks songsang. Kalau dulu dalam 1515, Puteri Kembang Piah digambarkan sebagai lesbian, dalam Saasatul Ibaad ini pula Sultan Mahmud digambarkan sebagai seorang pelaku homoseks.

Entahlah, kalau ikut di kulit belakang novel ini, Saasatul Ibaad dikatakan sebagai karya Faisal yang paling bercita-cita besar dan provokatif, tetapi bagi saya novel ini tidak lebih sebagai sebuah naskah dakwah seorang mubaligh Syiah yang dikarang indah.

Sumber

Media usah ghairah dedah aib orang

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Mengejar isu sensasi jangan sampai musnahkan kehormatan umat
Islam



GHIBAH atau mengumpat adalah menyebutkan hal yang dibenci atau menimbulkan kemarahan pihak lain baik hal itu berkaitan dengan kekurangan dalam bentuk fizikal, tingkah laku dan perbuatan sama ada ia dinyatakan secara langsung atau isyarat.

Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. Firman Allah SWT, "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" (Al-Hujurat (49):12)

Sekarang ada pihak menjadikan amalan mengumpat ini sebagai kerjaya rasmi. Habis segala hal berbentuk peribadi yang mengaibkan ingin dibongkar menerusi media massa dan dihidangkan kepada masyarakat yang dahagakan cerita sensasi dan kontroversi.

Setengah pengamal media beranggapan perbuatan itu bukan suatu kesalahan kerana mereka hanya menyampaikan cerita yang benar walaupun ia boleh mengaibkan sesetengah pihak. Ada kala isu dimainkan oleh media itu dapat meruntuhkan sebuah perkahwinan, memutuskan tali silaturahim di antara sesama umat Islam dan boleh menyebabkan terjadinya persengketaan yang berpanjangan.

Hendaklah golongan ini memahami sekiranya bentuk keaiban yang diperkatakan pihak lain itu benar sekalipun ia tetap termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah sekiranya berita itu tidak benar. Jika ini terjadi maka mereka ini sebenarnya menggabungkan dua bentuk perbuatan mungkar iaitu fitnah dan mengumpat.

Rasulullah bersabda, "Tahukah kalian apa itu mengumpat?" Para sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Kemudian Baginda bersabda: "Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci." Ada yang bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?" Baginda menjawab: "Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya." - Hadis riwayat Imam Muslim.

Perkara yang dirasakan boleh memalukan atau menimbulkan kemarahan umat Islam yang lain sepatutnya disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hendaklah kita semua ketahui menjaga kehormatan orang Islam lain adalah satu tanggungjawab diperintahkan Rasulullah SAW.

Sesetengah pengamal media begitu berbangga dengan kejayaan mereka apabila dapat membongkar sesuatu isu yang sensasi. Ketahui sikap mereka yang bergembira di atas kesedihan orang Islam yang lain adalah perbuatan yang kelak akan mendatangkan balasan yang buruk. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah engkau menampakkan kegembiraan di atas kesedihan saudaramu yang akan menyebabkan Allah merahmati dan menimpakan kepadamu kesedihan saudaramu itu." – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.

Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit Baginda melihat seksaan yang mengerikan menimpa golongan yang gemar mengumpat.

Baginda melewati sekelompok orang yang mempunyai kuku dari tembaga. Mereka mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku tembaga itu. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril: "Wahai Jibril siapa mereka itu?" Jibril menjawab: "Mereka adalah orang yang sering makan daging manusia, dan mereka yang suka membicarakan kejelekan orang lain" - Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud.

Justeru, bagi mereka yang menjadikan umpat-mengumpat serta mencari-cari cerita sensasi yang boleh mengaibkan pihak lain sebagai suatu kelaziman, hendaklah mereka melakukan muhasabah terhadap perbuatan mereka itu. Allah SWT berfirman:

"Janganlah kamu mengintip (mencari keaiban) orang lain." - Al-Hujurat (49):12


Oleh itu, janganlah kita semua disibukkan dengan mencari atau mendedahkan keaiban orang lain. Apa yang lebih munasabah untuk kita lakukan bersama adalah untuk melihat keaiban ataupun kekurangan yang ada pada diri kita sendiri agar kita semua dapat membebaskan diri kita daripada melakukan perkara berdosa dan berunsur maksiat. Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain." - Hadis riwayat al-Bazzar

Ulama menafsirkan istilah thuubaa di dalam hadis di atas sebagai sebuah pohon di dalam syurga dan darjat yang tinggi di dalam syurga. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung ini. Bagi pemilik syarikat media tempatan berusahalah untuk mengurangkan isu kontroversi yang tidak memberikan faedah kepada masyarakat dan tingkatkan prestasi dalam menerbitkan berita yang dapat membawa umat Islam ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Friday, November 21, 2008

Thursday, November 13, 2008

'Holy Water' orang Melayu?

Oleh: Nawawi
Sumber: http://an-nawawi.blogspot.com/

Kalau suatu ketika atau mungkin sehingga masa ini, nama Holy Water (Air Keramat) memang
cukup terkenal sebagai air sihir yang dikatakan dihasilkan oleh golongan paderi dari kalangan penganut kristian. Sebahagian masyarakat Islam khususnya dari kalangan orang Melayu pernah menggembar-gemburkan isu air tersebut (Holy Water) yang dikatakan memiliki kuasa tertentu yang mampu menjadikan seseorang penganut Islam yang meminumnya murtad dengan serta-merta akibat dari melupai Allah, gagal membaca syahadah, dan lantas membenci agama asalnya. Tetapi sebaliknya akan terus berminat kepada agama kristian dan menganutinya.

Nah! Betapa hebatnya air Holy Water!
Namun sayangnya, fakta-fakta tersebut telah disangkal sendiri oleh para paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yang bersifat seperti itu. Seandainya ia benar sekalipun, ia tidak akan mampu memudharatkan umat Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta’la telah
berfirman,

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun, kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)

Secara logiknya, sekiranya Holy Water tersebut benar-benar wujud sebagaimana dikata yang memiliki kuasa sihir untuk mempengaruhi manusia memeluk kristian, sudah tentu tidak akan ada orang kristian yang akan masuk Islam. Tetapi itulah hakikatnya, di mana puluhan ribu manusia penganut kristian boleh memeluk Islam dengan sukarela saban waktu. Sehingga paderi-paderi mereka pun ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam dan kini giat menjadi pendakwah yang mengajak orang lain menganut Islam.

Setelah kewujudan air “Holy Water” kristian itu menjadi reda, air “Holy Water” buatan orang melayu masih belum reda malah semakin menyubur sehingga ke masa ini.

Holy Water milik masyarakat melayu ini dikatakan mampu menjadikan seseorang yang asalnya malas menjadi rajin, si bodoh boleh menjadi bijak, orang yang gelap hatinya akan menjadi ulama, orang yang selalu gagal boleh menjadi manusia berjaya, orang bujang boleh segera bertemu jodoh, malah sehingga boleh menjadikan seseorang yang sakit tenat kembali sihat. Sehingga terdapat Holy Water dengan ramuan-ramuan yang tertentu mampu membantu mengubati sehingga penyakit jantung dan buah pinggang yang kronik.

Begitulah keajaiban Holy Water versi melayu. Ia bukanlah suatu yang ditakuti sebagaimana kewujudan Holy Water versi kristian. Tetapi, Air keramat versi melayu ini adalah air yang menjadi buruan masyarakat yang benar-benar belum mengerti yang mengejar keajaiban segera. Mereka sebenarnya menjadi mangsa oleh golongan agamawan yang merosakkan.

Malah, kini ia bukan lagi setakat air, tetapi produk ini kini diperluaskan lagi ke dalam bentuk
lainya seperti melalui “Kismis Keramat”, “Madu Keramat”, dan seumpamanya. Produk-produk ini kini memiliki nilai komersil yang begitu hebat sekali.




Akhirnya, cara menghasilkan air-air keramat dan produk-produk keramat itu kian terbongkar!
Caranya amat mudah iaitu hanya dengan memanggil mana-mana orang berpangkat tok-tok guru atau ustaz-ustaz tertentu supaya mereka membacakan doa-doa tertentu, atau jampi-jampi tertentu, atau dengan mana-mana ayat-ayat suci al-Qur’an atau kebiasaannya surah Yasin, pada produk-produk tersebut. Setelah dibacakan pada produk tersebut, maka ianya akan dibungkuskan untuk dipasarkan kepada para pengguna atau pembeli yang mengkehendakinya. Malah ada juga produk seperti madu asli yang khas dibacakan dengan 30Juzuk al-Qur’an oleh
Ma’had-ma’had tahfiz tertentu bagi menjadikan madu tersebut lebih “power” (memiliki nilai tambah) berbanding madu asli yang lainnya. Malah dengan bacaan tersebut, akan menjadikan madu tersebut memiliki kuasa terapi dan daya penyembuhan yang lebih dasyat. Sehingga mampu memberikan keajaiban segera kepada para peminumnya. Wallahu a’lam.

Namun, tidak pula kita temui daya tambah yang seperti itu melalui kalam Rasulullah... wallahu a’lam. Meminum madu itu sememangnya anjuran sunnah, sayangnya tidak pula Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan atau menunjukkan kaedah nilai tambah sebagaimana yang tersebut.

Sehinggakan saya sendiri pernah melihat ada sebahagian majlis-majlis bacaan yasin (yasinan) dan majlis-majlis tahlil (tahlilan) yang menyediakan air dalam jumlah-jumlah tertentu dengan diletakkan pada bekas-bekas tertentu yang kebiasaannya botol-botol bersaiz bekas mineral water, diletakkan pada kedudukan di tengah-tengah lingkaran majlis tersebut diadakan. Lebih
menariknya, apabila bacaan/majlis hendak dimulakan, penutup bekas (atau botol) akan dibuka dan setelah tamat majlis, penutup botol akan ditutupkan semula. Kemudiannya air-air tersebut akan diagih-agihkan dan diminum dengan hasrat akan memberi keberkatan dan penerang hati kepada si peminumnya.

Malah, selain dari majlis itu, air-air seperti itu kini kian menjadi suatu bahan produk yang
benar-benar memiliki nilai yang tinggi hasilnya. Serta memiliki nilai permintaan yang begitu tinggi di negara kita. Sekaligus mampu memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada para penjualnya.

Begitulah betapa telah meluasnya produk-produk ganjil dan aneh tersebut di dalam pasaran negara kita hari ini. Semuanya tidak lain, ianya wujud dan menjadi begitu “demand” disebabkan oleh kejahilan sebahagian masyarakat kita terhadap agama.

Jikalah benar para ustaz dan tok-tok guru tersebut ikhlas mahu membantu, apalah salahnya sekiranya dijampikan saja air sebanyak di lautan, air sepanjang sungai, air-air di empangan milik jabatan bekalan air, selebar air di tasik-tasik, air setelaga, beras di gudang-gudang, dan padi yang sedang menguning di sawah-sawah padi. Cara seperti ini lebih membantu, malah hasilnya kelak bakal diterima oleh keseluruhan masyarakat dengan lebih komprehensif dan adil. Kebaikannya bakal dapat dirasai bersama. Sama ada masyarakat yang miskin atau kaya. Yang mengetahui atau yang tidak mengetahui. Lalu, akan cerdik agama, bijak bestari dan sihat-sihat
belakalah seluruh masyarakat kita lantaran berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Akhirnya, seluruh negara akan mendapat manfaatnya. Nescaya akan cemerlang, gemilang dan terbilang masyarakat kita di Malaysia dengan berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Kelak akan lahirlah bijak pandai Melayu yang bakal menerima anugerah Nobel di peringkat antarabangsa, dan apabila ditanya tentang rahsia kejayaannya, maka jawablah, “Saya mengamalkan memakan madu keramat atau air penerang hati atau mungkin juga kismis doa!”

Tidak dinafikan memang wujud hadis-hadis yang menunjukkan kepada adanya persoalan
ruqyah dan jampi. Namun bukanlah sehingga diperluaskan skopnya kepada semua persoalan dan malah sehingga ianya dikomersilkan (dipasarkan).

Perlu untuk kita fahami sesuatu konsep itu dengan betul. Bahawa orang yang jahil (bodoh), ubatnya adalah dengan menuntut ilmu, orang yang gelap hatinya adalah dengan mempelajari al-Qur’an dan hadis, ubat bagi sebuah kegagalan adalah dengan meningkatkan daya usaha dan perancangan, orang yang malas ubatnya adalah dengan motivasi dan galakkan, orang yang sakit adalah dengan berjumpa doktor. Jangan kita brputus asa, Malah Allah memberi ruang kepada kita agar sentiasa berdoa memohon kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, 13: 11)

Mungkin ada sebahagian penyakit seperti kerasukan jin atau terkena sihir, bolehlah dia diruqyah iaitu diberi rawatan dengan cara terapi jampi berpandukan petunjuk as-Sunnah. Iaitu dengan doa-doa tertentu yang tsabit dari as-Sunnah dan dengan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an tertentu. Juga mereka yang terkena sengatan lipan dan gigitan haiwan berbisa tertentu, maka memang ada sunnahnya dalam hal ini. Namun, perlulah merujuk dengan kaedah yang
benar-benar sahih dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukannya main hentam kromo mengikut hawa nafsu yang kemudiannya dijadikannya sebagai produk meraih keuntungan. Bukanlah juga dengan sekadar membeli air pelbagai kegunaan cap “tok ustaz” di pasaran lalu diberikan kepada anak-anak yang sedang demam, anak yang mahu mengambil peperiksaan, anak-anak yang mahu menambah daya hafalan, dan seumpamanya.

Cara yang terbaik adalah si pesakit (yang mengalami gangguan) mengubati dirinya sendiri berpandukan zikir-zikir atau doa-doa yang ditunjuk-ajarkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadisnya yang sahih. Di samping itu, mereka sendirilah yang
perlu mengubah cara hidupnya iaitu dengan cara memperbaiki amal-amalnya, menjauhi syirik (sentiasa memelihara aqidah), dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Tidak lupa supaya dia sentiasa membaca, meneliti, serta mengamalkan isi kandungan al-Qur’an di mana pun dia berada. Jangan sehingga menjadikan rumahnya seperti kawasan kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Begitulah indah dan mudahnya mengamalkan Islam. Ia dipraktikkan berdasarkan ilmu dan keikhlasan.



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97)

Berdoalah dan mintalah kepada Allah dengan istiqomah dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada syirik. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha memperkenankan doa. Dia sentiasa dekat dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Maka, dengan ini, tinggalkanlah air-air keramat berupa produk-produk yang boleh menjadikan kita sebahagian dari pengikut hawa nafsu! Berubahlah dengan menjadi manusia yang beragama berpandukan ilmu.

Thursday, September 18, 2008

Posting Yang Tiada Apa-apa

Dah lama tak update blog. Nak copy & paste artikel orang pun tak bersemangat.
Ni saja jer nk keep up-to-date..hehe
Letak gambar anak pn jadilah..

Thursday, August 28, 2008

Keistimewaan Bulan Ramadan



Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain.

Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini
disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah
s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang enjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.


3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.


4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.


5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau
menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan
dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan
Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah
lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong
melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada
faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.
" - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.


8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman
ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril
turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
" – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.


Apakah itu Lailatulqadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu. Selain itu, apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya ditetapkan oleh ALLAH pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan
tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah itu termasuk bid’ah paling mungkar kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w dan wajib
ditinggalkan. Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 867.

Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang
mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku.
" – Surah al-Dukhaan:
3-4.


Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya,
hadis no: 1174.

Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya
(selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang
layak bagi Zat-MU.
" – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Sumber

Tuesday, August 26, 2008

Imam Mahdi Yang DiNanti Syi'ah Adalah Dajjal?

Apa yang kamu ketahui mengenai Dajjal ?
Marilah kita memeriksa kebenaran Hadith dari Ahlus Sunnah yang telah diberitakan oleh Nabi S.A.W kita bahawa Dajjal akan muncul :
Nabi kita S.A.W telah memberitahu kita dalam Hadith bahawa Allah akan menjamin kemenangan kepada umat Islam semasa berperang dengan Dajjal dan umat Islam akan membunuhnya dan ‘shiah’ (pengikut)nya ; Apabila pengikut Dajjal bersembunyi disebalik pokok atau batu, pokok-pokok dan batu-batu berkenaan akan berkata kepada orang Islam : “ Di belakang aku ini ada Yahudi,, datanglah dan bunuhlah dia. ( Riwayat Imam Ahmad dalam al-Musnad) Hadis ini menggunakan perkataan shiah bagi menjelaskan pengikut kepada Dajjal.
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai (jubah) al-Tayalisah (Persian shawls – jubah orang-orang Parsi (Syiah hari ini) yang tidak berjahit), .” [ rujuk Sahih Muslim]
Tanpa kita sedari bandar Isfahan yang merupakan bandar Yahudi di Iran ini merupakan pusat kepada aktiviti nuclear bagi negara Iran hari ini dan juga merupakan pusat penyelidikan senjata berbahaya Iran itu yang menurut keyakinan Israel sendiri, Iran bakal berjaya menyiapkannya aktiviti nuklearnya tanpa masalah yang besar. Ini membuktikan tentera Dajjal sedang dipersiapkan oleh orang-orang Parsi yang merupakan bakal pengikut Dajjal bagi menyambut kemunculan Dajjal nanti. Cubalah fahami pekerjaan Dajjal ini berdasarkan keterangan hadis-hadis Syiah yang saya lampirkan pada penghujung artikel ini. Selamat mengkaji dan mempelajari pekerjaan Bani Israel bersama saudara-saudara mereka dari keturunan Bani Ishak bin Ibrahim a.s, orang-orang Parsi Syiah di Iran.
MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL
Syiah sedang menunggu kemunculan al-Qaim atau Imam ke-12 atau Imam Mahdi yang telah dua kali bersembunyi dalam lubang Sardab di Sammara’. Bukti-bukti berikut telah mebuktikan bahawa orang yang akan mengisi jawatan Imam ke-12 tidak lain melainkan Dajjal, berdasarkan keterangan agama Syiah sendiri (hadis-hadis dan karya-karya Syiah yang dikaitkan sebagai kata-kata para imam a.s mereka). Ahli Sunnah harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dan menyimpan dalam minda mereka bahawa Shiah adalah pengikut dan tentera Dajjal yang bakal muncul nanti.
Perlulah diingati Mahdi yang diyakini oleh Ahli Sunnah wa Jama’ah berdasarkan keterangan hadis-hadis yang sahih adalah seseorang yang berbeza dengan apa yang diyakini oleh Syiah baik dari segi aqidah, keturunan, amalan, ajaran dan pekerjaan serta peranan setelah memimpin umat islam ini nanti. Silalah mendapatkan mengenainya secara terperinci berdasarkan nas yang sahih.

CIRI-CIRI MAHDI SYIAH (DAJJAL) :
a. Undang-Undang Yahudi (keluarga Daud)
Al-Qaim atau Imam Mahdi Shiah akan memerintah menurut undang-undang Nabi Daud dan keluarga Daud, menurut hadis Shiah dalam kitab al-Kafi karangan Abu Ja’far al-Kulaini, yang menurut Syiah merupakan kitab paling sahih daripada empat sumber dasar agama Syiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Semua yang mengikuti hadis Syiah akan menemui riwayat al-Kulaini dalam al-Kafi(Jil.1, m.s.387-398):
Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari - bapanya - dari ibn Abi Umair - dari Mansur - dari Fadhl al-Aour - dari Abi Ubaidah melaporkan : “Apabila al-Qaim dari keluarga nabi muncul, dia akan memerintah menurut undang -undang Daud dan Sulaiman.”
Muhammad ibn Yahya meriwayatkan dari Ahmad ibn Muhammad dari Muhammad ibn Sinan dari Abaan yang melaporkan : “Aku telah mendengar Abu Abdullah [a.s] berkata : ‘Dunia tidak lenyap (terjadinya kiamat) kecuali seseorang dari kami akan muncul dan akan memerintah menurut undang-undang keluarga Daud’”
Ahmad dari Ahmad ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Hisham ibn Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Abu Abdullah [a.s] : ‘Di atas undang-undang apa kamu akan memerintah jika kamu menjadi pemerintah.’ Dia menjawab : ‘Menurut undang-undang Tuhan dan undang-undang Daud. Dan jika kami berselisih dalam satu keadaan yang mana kami tidak dapat menyelesaikannya, Jibril (Ruh al-Qudus) akan mendedahkannya kepada kami.’”
Muhammad ibn Ahmad dari Muhammad ibn Khalid dari Nazr ibn Suwaid dari Yahya al Halabi dari Imran ibn A’yun dari Jaeed al-Hamdani dari Ali ibn al-Hussein [a.s] berkata : “Aku bertanya kepada beliau dengan undang-undang mana kamu akan menghukum ?” Beliau berkata : “Dengan undang-undang Daud, dan jika disana terdapat satu perkara yang tidak dapat diselesaikan, Jibril (Ruh al Quds) akan mendedahkannya kepada kami.”
Ahmad ibn Mahran [r.a] dari Muhammad ibn Ali dari Ibn Mahbub dari Hisham bin Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Imam Abu Abdullah [a.s]: ‘Dengan undang-undang mana kamu akan memerintah ?’ Dia menjawab : ‘Dengan undang-undang Tuhan, dan undang-undang Daud.’”
Bahasa Hebrew
Lebih jauh lagi, Imam ke-12, Imam Mahdi Syiah akan bercakap dalam bahasa Hebrew (Yahudi) :
Ahmad ibn Muhammad ibn Saeed al Uqdah berkata : Ali ibn al-Hasan at-Taymali melaporkana kepada kami : al-Hasan dan Muhammad bin Ali ibn Yusuf berkata, dari Sa’daan ibn Muslim, Dari rijal (perawi-perawi yang ramai), dari al-Mufadhal ibn Umar berkata : Abu Abdullah [a.s] berkata : “Apabila Mahdi berdoa, dia akan berdoa kepada Tuhan dalam bahasa Hebrew.” [Al-Ghaybah an Nu’mani, p.326]
Yahudi akan mengikuti Imam Mahdi Syiah.
Menurut Shiah, Yahudi juga akan menjadi pengikut Imam Mahdi:
Sheikh al-Mufid telah melaporkan dalam kitabnya, Al-Irshaad dari al- Mufadhal ibn Umar bahawa Imam Abu Abdullah [a.s] telah berkata : “Di sana akan muncul bersama Imam Mahdi .. manusia dari bangsa nabi Musa (Israel).” [Al-Irshaad al-Mufid , m.s 402]
Menurut hadis dari kitab Al-Kafi karangan al-Kulaini, ketika ghaib Imam Mahdi belajar dari satu kitab yang bernama al-Jafr (salah satu kitab suci Syiah yang didakwa ditulis oleh Imam Ali a.s), yang mengandungi ajaran dari agama Israel :
Imam (a.s.) akan kekal bersembunyi untuk satu tempoh dan kemudian berkata, “Ditangan kami ada al-Jafr. Apakah mereka mengetahui apa itu al-Jafr?” Aku kemudian bertanya, “Apakah kandungan al-Jafr itu ?” The Imams (a.s.) menjawab, “Ia mengandungi ilmu para nabi dan pelaksana harapan-harapan mereka dan ilmu cerdik pandai orang-orang Israel terdahulu.” [al-Kafi, Hadith 635, Ch. 40, h 1]

KESIMPULAN RIWAYAT DARI KITAB-KITAB SYIAH DIATAS :
Semua kepercayaan ini membawa kita mempercayai bahawa Imam Shiah yang ke-12 sebenarnya ialah Dajjal Yahudi, yang telah diperingatkan oleh Baginda S.A.W, orang yang akan memperdaya ramai manusia dan mencipta pelbagai kerosakan dimuka bumi. Inilah orang yang ditunggu-tunggu oleh Shiah. Merujuk kepada bukti-bukti, ini ialah apa yang kita ketahui mengenai al-Qaim mereka :
1. Dia akan memerintah menurut sistem undang-undang keluarga Daud, menggunakan Talmud.
2. Dia menggunakan bahasa Hebrew.
3. Pengikutnya terdiri dari orang-orang Yahudi dan pemuka agama Yahudi, kerana dia adalah Raja kepada bangsa Yahudi.
4. Semasa bersembunyi Imam mempelajari Talmud yang mana merupakan kandungan “al-Jafr.”

MESSIAH YAHUDI – MAHDI SYIAH
Cuba kita renungkan persamaan antara Mahdi Syiah dan Dajjal Messiah Yahudi yang diceritakan oleh agamawan Yahudi :
Penulis Yahudi terkenal Raphael Pata’ telah menterjemah kitab Mishne Torah yang telah dihimpunkan oleh pendita Yahudi lampau bernama Maimonides. Tajuk terjemahannya, The Messiah Texts pada muka surat 322-327, Maimonides menulis ;
"King Messiah will arise in the future and will restore the kingship of David to its ancient condition, to its rule as it was at first. And he will rebuild the Temple and gather the exiled of Israel. And in his days all the laws will return as they were in the past. They will offer up sacrifices, and will observe the Sabbatical years and the jubilee years with regard to all the commandments stated in the Torah. And he who does not believe in him, or he who does not await his coming, denies not only the [other] prophets, but also the Torah and Moses our Master. For, behold, the Torah testifies about him [the Messiah], as it is written,
The Lord will return your captivity and have compassion upon thee, and will return and gather thee from all the peoples whiter the Lord thy God hath scattered thee. If any of thine that are dispersed be in the uttermost parts of heaven, from thence will the Lord thy God will bring thee into the land which thy fathers possessed, and thou shalt possess it (Deut. 30:3-5)
Selanjutnya, Yahudi mempercayai Messiah atau al-Masih itu seorang raja, penakluk yang menang dari keturunan Nabi Dawud yang mereka namakan anak Allah. Mereka mempercayai juga bahawa al-Masih itu akan datang semula untuk mengembalikan kebesaran Israel dan menyatupadukan perbalahan kaum Yahudi di Palestin serta menjadikan hukum-hukum Taurat (kitab Nabi Musa) berjalan berkuat-kuasanya.
Mereka berharap al-Masih mereka muncul sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Nama al-Masih – Messiah sering diseru-seru oleh kaum Yahudi setiap kali mereka ditimpa bencana dan setiap masa mereka menderita dari bencana-bencana tersebut.
Tetapi juga kadang-kadang al-Masih ini juga dinamakan kepada sesiapa yang bertindak terhadap musuh-musuh mereka (Yahudi) walaupun bukan dari keturunan Daud seperti gelaran diberikan kepada Cyrus. Oleh kerana al-Masih itu masih belum muncul mereka menamakan beberapa ciri-ciri al-Masih sebenar iaitu seorang pembaik (muslih) sosial, adil dan bersopan santun. [lihat Arthur Hertzberg, Judaism, m.s : 215 – 218 ]
Abbas Mahmud Aqqad berkata, kebanyakan pengkaji mempercayai bahawa idea penyelamat yang jujur itu adalah dipinjam dari kepercayaan Zoroaster, agama asal yang dianuti oleh orang-orang Parsi. [Lihat Dr. Ahmad Syalabi, Agama Yahudi, Pustaka Nasional : Singapore, thn : 1977, m.s : m.s 185. Abbas Mahmud Aqqad, Allah, m.s 117.]
Guignebert berkata : Sesungguhnya kecenderungan Parsi kepada melukiskan kemenangan berterusan golongan baik ke atas golongan jahat selepas melalui sebuah pertarungan yang panjang . Apa yang dinamakan baik oleh orang Parsi, dinamakan pula oleh orang-orang Yahudi sebagai al-Masih [ Lihat Guignebert , The Jewish World in The Time of Jesus, m.s 141].
Idea wujudnya seorang raja yang idealis yang memerintah seluruh alam ini adalah asalnya dari idea yang tersebar dari kaum Semitik (Yahudi) dan ia dikuti pula dengan wujudnya suatu alam yang idealis yang sama, iaitu apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi dan Kristian sesudah itu, kerajaan Tuhan.
Setengah pengkaji pula berpendapat kecenderungan kepada idea yang mengatakan al-Mahdi Muntazar yang dipegang oleh Syiah adalah dipinjam daripada idea yang ditunggu-tunggu di kalangan kaum Yahudi. [Lihat Max Margolis dan Alexander Marx : A History of Hebrew People, m.s : 258]

APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH MAHDI SYIAH – DAJJAL SETELAH KEMUNCULANNYA.
Lihat pula apakah sifat-sifat Mahdi Syiah – Dajjal ini dan apakah yang bakal dilakukannya setelah muncul lagi berdasarkan keterangan hadis-hadis agama Syiah :
a. Rasulullah S.A.W orang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi ? Aqidah sesat Syiah
Orang pertama yang akan membai’ah Imam Mehdi Syiah ialah Rasulullah s.a.w ketika raj’ah. Rasulullah s.a.w akan menjadi muridnya. [Haqq al-Yaqin jil.2, m.s : 347 dan Bashairu al-Darajat, m.s : 213 ]
b. Muncul Imam Mahdi, Hipokrit (Taqiyyah) Bagi Agama Syiah Akan Terbatal.
Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi orang yang tidak wara' dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah) ? Beliau menjawab, " Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami ". ( Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341).
c. Imam Mahdi Kejam dan Ganas.
Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.
Mereka menyatakan, Apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi.(al-Majlisi, Bihar al-Anwar, J.52, hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).
Al-Majlisi meriwayatkan, “tidak akan ada yang tinggal antara kami dengan orang Arab melainkan pembantaian” [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52 m.s 349].
Dalam riwayat yang lain al-Majlisi meriwayatkan, “al-Muntazar akan berjalan di kalangan orang Arab dan akan membunuh mereka”. [ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s 318 ]
Dia juga meriwayatkan, “Hati-hatilah orang Arab kerana mereka memiliki berita yang buruk, maka sesungguhnya tidak akan keluar seorang pun dikalangan mereka bersama al-Qa’im”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s : 333 ].
Kejam terhadap manusia dengan membunuh 9/10 daripada umat islam. Ketika raj’ah, orang-orang ahli sunnah yang tidak menerima ajarannya (Syiah Imamiyyah) akan dipenggal lehernya. [ al-Kulaini, al-Raudah min al-Kafi, jil.8, m.s 160]
Majlisi meriwayatkan, dari Abu Abdillah a.s, “kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” . [ Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].
Sayid Sadr menyatakan, “sesungguhnya pembunuhan yang terjadi pada manusia kebanyakkan dikhususkan kepada kaum muslimin. Kemudian dia (al-Qaim) menghadiahkan kepada saya satu salinan dari kitabnya”….. [Sayyid Husein al-Musawi, lillah thumma li Tarikh, terj. Mengapa saya keluar dari Syiah, m.s : 137]
d. Imam Mahdi akan merobohkan Ka’bah.
Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].
Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.
Syeikh Mufid menyebut bahawa, "Apabila lmam Mahdi muncul ia akan merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah pencuri pencuri Kaabah.” (al-Mufid, Al-Irsyad. hal. 411, At-Tusi, Kitab al Ghaibah, hal.282).
Al-Majlisi meriwayatkan, “Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 ] juga al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]
e. Membongkar semula kubur para sahabat nabi.
Akan membongkar kubur Abu Bakr al-Siddiq dan Umar al-Khattab r.a untuk disalib dan disebat dikhalayak ramai. Mereka kedua akan dihidupkan kembali untuk menerima hukuman. [ Lihat, Ni’matullah al-Jazairi, Al-Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s : 85 dan Majlisi, Haqq al-Yaqin, j.2, m.s : 242 ].
Sementara di zaman kemunculan Mahdi, ketika raj’ah Imam Mahdi akan menghidupkan Aisyah dan akan melaksanakan hukum hudud ke atasnya kerana Aisyah dikatakan telah berzina semasa hidup Rasulullah s.a.w. [ Anwar al-Nu’maniyyah, jil.1, m.s : 161, Tafsir al-Shafi, jil.2, m.s 108, Haq al-Yaqin, jil.2, m.s 256, Hayat al-Qulub, jil.2, m.s 611]
al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].
f. Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum Dawud dan Sulaiman (Kitab Zabur) dengan kejam.
Al-Majlisi meriwayatkan bahawa, “al-Qaim akan membawa ajaran baru, kitab yang baru dan hukum yang baru”. [al-Majlisi, Buhar al-Anwar, jil.52, m.s : 354 ].
Al-Kulaini dalam Usul al-Kafi, kitab yang paling sahih bagi Syiah yang mengatasi kesahihan Sahih al-Bukhari bagi ahli Sunnah. Dia meriwayatkan dari Imam Abu Abdillah a.s berkata : “Jika al-Qaim dari keluarga Muhammad muncul, dia akan memerintah dengan hukum Daud dan Sulaiman (ajaran Taurat), dia tidak akan menanyakan bukti-bukti”. [ Usul al-Kafi, jil.1, m.s : 397]
KESIMPULAN
Akhirkata, sama-samalah kita mengkaji tentang bangsa Parsi pengikut Dajjal yang bakal menyambut kemunculan Dajjal nanti. Hanya orang-orang yang buta mata hatinya menganggap kaum Parsi Syiah itu seagama dengan mereka tanpa mengkaji latarbelakang hubungan dan kerjasama mereka dengan Amerika Zionist dan Israel dalam kejatuhan Taleban Afghanistan dan Iraq. Syiah samada Iran, Syria atau Hizbullah adalah sekutu Israel disebalik konflik dan peperangan palsu antara mereka. Memadailah kita merenung riwayat Imam Muslim dimana Rasulullah telah bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 dari bandar Yahudi Isfahan mereka itu memakai jubah Parsi (Syiah) – Tayalisah”.

Sumber

Riwayat Palsu Yang Popular Sekitar Ramadhan

Berhati-hati dengan hadis-hadis berikut:

1. Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

STATUS HADIS : Palsu

2. Awal Bulan Ramadhan Rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya pelepasan dari azab neraka

STATUS HADIS : Dhoif Jiddan / Munkar

3. 5 perkara yang membuatkan batal puasa dan wudhuk iaitu menipu, membawa fitnah, mengeji, melihat dengan syahwat dan sumpah palsu

STATUS HADIS : Palsu

Thursday, August 21, 2008

La Tahdzan (LT) Hilangkan Kesedihan anda hari ini!

Tujuh Jalan meringankan musibah

LT63.1 : Jalan pertama

انتظارُ الأجرِ والمثوبةِ من عند اللهِ عزَّ وجلَّ : إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍٍ

Tunggulah pahala dan ganjaran dari sisi Allah 'Azza wa Jalla (sebagaimana yg Dia janjikan):AQT 39 (az-Zumar) 10 "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."Tafsir: Banyak manusia pabila ditimpa musibah mengharapkan mahkamah yang dipenuhi dgn kes2 tertunggak hingga bertahun-tahun dan mereka yg melakukan kezaliman kekadang tidak dihukum kerana karenah dan kecilikan peguam belanya...ada yg ditimpa musibah, tidak dibela dengan sewajarnya....maka jalan meringankan kesan musibah ini ialah mengharapkan pahala dan ganjaran dari sisi Allah SWT

LT63.2 : Jalan kedua

Musibah yg menimpa anda menjadi ringan dengan:Melihat orang lain yang turut ditimpa musibah (bahkan (keadaan mereka) lebih teruk lagi darimu)Sya'ir arab menyatakan:

ولولا كثرةُ الباكِين حولي على إخوانِهمْ لَقَتَلْتُ نفسي
(Kalau saja tidak kulihat sesak tangisorang yg ditimpa musibah di sekitarkudah tentu aku dah lama bunuh diri)

Maka lihatlah ke kiri dan kananmu duhai teman, apakah engkau tidak menyaksikan mereka yg juga ditimpa ujian dan musibah....hingga dikatakan oleh satu pepatah arab:

في كلِّ وادٍ بنو سعدٍ
(di setiap lembah, akan ada Banu Sa'ad)

P/S: Maksud setiap lembah ada Bani Sa'ad, ialah di setiap tempat pasti ada orang yg terkena musibah dan Bani Sa'ad adalah kaum arab yg mendiami wadi2 di sekitar Mekkah yg terkenal dgn kemiskinannya dan selalu terkena musibah spt wabak penyakit, bencana alam dan kelaparan.

LT63.3 : Jalan ke3

Musibah yg menimpa anda menjadi ringan dengan:

وأنها أسهلُ منْ غيرِها
Yakin bahawa musibah yg menimpa diri anda itu jauh lebih ringan dibandingkan dengan yg menimpa orng lain

Maksud: ketika saya menziarahi sanak sedara yg dimasukkan ke wad, saya melihat ramai pesakit dalam wad yg sama mengalami pelbagai komplikasi yg jauh lebih serius dari beliau...begitu juga kalau kita tinjau di wad2 ICU, bertambah benar akan kenyataan ini, jika kita merasa sedih dgn musibah yg menimpa kita, kekadang kita lupa melihat persekitaran kita, di sana ada ramai manusia lain yg lebih parah musibahnya berbanding dgn apa yg tertimpa atas diri kita...subhanAllah.

LT63.4 : Jalan ke4

Musibah yg menimpa anda menjadi ringan dengan:.

وأنها ليستْ في ديِنِ العبدِ ، وإنما في دنياه
merasa yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda hanyalah berkaitan dunia sahaja dan bukannya berkaitan dengan agama.

Mafhum:Kebanyakan musibah yg menimpa manusia adalah berkaitan dgn urusan dunia spt: hutang piutang, wabak penyakit, kecelakaan jalanraya, kerjaya, tragedi alamiah spt banjir, gerak-gempa-tsunami, maka ia pasti ada jalan keluar. Sedangkan musibah para salaf dulu adalah kerana agama semata-mata. Musibah kerana agama lebih parah dari musibah kerana dunia, mereka berjaya keluar dari musibah agama yang jauh lebih dahsyat dari musibah keduniaan....

LT63.5 : Jalan ke5

Musibah yg menimpa anda menjadi ringan dengan:

وأنَّ العبودية في التسليم عند المكارهِ أعظمُ منها أحياناً في المحابِّ
merasa yakin bahawa 'ubudiyah yang dilaksanakan dgn khusyu' ketika sedang mengalami tekanan musibah lebih besar nilainya jika dibandingkan dgn yg dilakukan ketika di sa'at-sa'at bahgia...

Syarah:Ibadah semasa dilanda musibah lebih lazat dan khusyu' berbanding ibadah semasa dalam kebahgiaan dan kesenangan. Jika dibuat perbandingan, kelazatan makanan lebih terasa bila kita dalam keadaan susah dan lapar berbanding ketikamana kita senang dan kenyang....

akan bersambung...

Tuesday, August 19, 2008

Apa yang buat Awwal terpaku dan terpana?

Benda ni lerrr!!!!
Dok tgh main bleh lari pi depan tv tgk. Sampai tak kelip mata.



Saturday, August 16, 2008

Saturday, July 26, 2008

Friday, July 25, 2008

Saturday, July 5, 2008

“Saya tidak tahu…”

“Saya tidak tahu…” Itulah perkataan yang paling berat disebut oleh sebahagian mereka yang bergelar ustaz dan ustazah apabila diajukan soalan-soalan agama. Golongan ini sangat fobia dengan perkataan tidak tahu, tidak ingat, lupa dan seumpamanya. Malu jika orang tahu bahawa dia tidak tahu. Takut jawapan sebegini mengaibkannya. Takut selepas ini orang tidak lagi menghormatinya. Ustaz yang terkena sindrom ini apabila disoal fatwa yang dia tidak tahu jawapannya, dia akan cuba menutup kelemahan dirinya. Caranya ialah dengan berlagak tahu, dan cuba menjawabnya secara rambang
Aib sangatkah ucapan ’saya tidak tahu’ sehingga ada yang sanggup menggadai amanah ilmu kerana malu menyebutnya? Berdosakah seorang ustaz jika tidak menjawab soalan yang dia tidak tahu atau tidak yakin?
Hakikatnya, seorang ustaz yang menjawab segala permasalahan agama adalah seorang individu yang tidak waras!!! Ibn Abbas r.a. berkata: “Sesiapa yang berfatwa dalam segala masalah yang ditanya oleh orang ramai, maka dia adalah orang gila”. Kerana, tidak mungkin seorang insan dapat menguasai segala ilmu tanpa ada sedikit pun kekurangan.
Allah Taala sudah memberi amaran supaya tidak sewenang-wenang mengeluarkan hukum-hakam agama tanpa ilmu. FirmanNya: “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung”. (Al-Nahl: 116).
Di dalam satu hadis yang direkod oleh Ahmad, Abu Daud dan lain-lain, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa berfatwa tanpa ilmu, maka dosanya adalah bagi orang yang berfatwa”.
Para ustaz sewajarnya membayangkan dosa dan pahala, syurga dan neraka di hadapannya sebelum menjawab soalan-soalan agama. Sebagaimana nasihat Imam Malik: “Sesiapa disoal satu masalah, maka sebelum menjawabnya hendaklah dirinya membayangkan syurga dan neraka, dan bagaimanakah untuk melepaskan diri pada hari akhirat. Selepas itu, barulah menjawab soalan”.
Kalau tahu jawapannya, Alhamdulillah. Kalau tidak tahu, maka sebutlah, “Saya tidak tahu”.
Imam Malik pernah ditanya satu soalan. Lalu beliau menjawab, “Saya tidak tahu”. Si penyoal itupun berkata, “Imam, ini soalan ringan sahaja…”. Imam Malik lantas berkata, “Dalam ilmu, tidak ada satu pun yang ringan. Tidak pernahkah kamu mendengar firman Allah: Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al-Muzzammil: 5). Dalam ilmu, semuanya berat”.
Atho’ Bin Abi Rabah menceritakan betapa para salaf dan sahabat sangat gentar mengungkapkan hukum-hakam Allah Taala. Katanya: “Aku sempat bertemu dengan beberapa kumpulan manusia, apabila salah seorang mereka ditanya suatu permasalahan, dia menjawabnya dalam keadaan menggeletar”.
Utbah Bin Muslim menceritakan tentang Ibn Umar r.a. Katanya, “Aku bersahabat dengan Ibn Umar selama 34 bulan. Apabila ditanya soalan kepadanya, kerap kali dia menjawab: Aku tidak tahu”.
Imam Syafie juga seorang yang amat berhati-hati dalam menjawab soalan. Pernah beliau ditanya satu soalan, lalu beliau senyap tanpa menjawab. Penyoal itu bertanya, “Adakah kamu tidak mahu menjawabnya?” Jawab Imam Syafie: “Sehingga aku mengetahui adakah kelebihan terletak pada jawapanku atau pada diamku”.
Kalaulah para salaf amat berhati-hati dalam menyebut hukum Allah, dan tidak segan menyebut, “Aku tidak tahu”, apakah kita yang amat jauh dengan ilmu masih malu menyebutnya, dan memandang ringan dalam mengucapkan satu-satu fatwa?!!

Sumber : http://abuumair1.wordpress.com/2008/07/04/saya-tidak-tahu/

Thursday, July 3, 2008

Wednesday, June 25, 2008

AHMADIYAH/QADIYANISME: Kenali mereka

Web2 IQ, 25 Jun (zain-ys) - Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiyani (1839-1908) M. Seorang yang mendakwa dirinya menerima wahyu selepas Rasulullah s.a.w. Seorang yang gerakannya dibiayai oleh penjajah Inggeris. Dialah kononnya al-Mahdi. Juga Isa a.s. Gerakan yang saat ini mengundang kekecohan di negara jiran, Indonesia.

Majoriti umat Islam mahu gerakan Ahmadiyah yang dipelopori oleh Mirza Ghulam Ahmad segera dibubarkan. Kerana wujudnya kelompok yang membelanya atas nama hak asasi. Hak kebebasan maka jalan ke arah pembubaran tersekat-sekat. Antara tokoh yang membela mereka ialah Gus Dur. Bekas Presiden Indonesia.
Namun, mereka yang memperjuangkan agar Ahmadiyah dibubarkan terus tetap dengan pendirian mereka. Antara mereka yang menonjol dalam isu ini ialah Habib Rizieq pemimpin nombor satu Front Pembebasan Islam (FPI). Kata mereka, Ahmadiyah adalah sebuah bentuk penghinaan dan pencemaran terhadap Islam.

Web2iq akan cuba menelusuri tentang Ahmadiyah.Berikut ini Petikan dari buku: Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran:TA'RIF Qadiyanisme adalah sebuah gerakan yang muncul pada tahun 1900 M, yang dibidani oleh penjajah Inggris di benua India dengan tujuan merusak dan menjatuhkan ummat Islam dari segi ajarannya sendiri, khususnya dari segi jihad, sehingga mereka tidak menghadapi penjajah dengan mengatas namakan Islam. Corong gerakan ini adalah majalah "Religion" yang diterbitkan dalam bahasa Inggris. SEJARAH BERDIRI DAN TOKOH-TOKOHNYA Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiyani (1839-1908) M, adalah pelaksana utama bagi terwujudnya Qadiyanisme. Tokoh ini mempunyai kaitan erat dengan sebuah keluarga yang terkenal sebagai "Pengkhianat" terhadap agama dan negara.

Tokoh ini dikenal di kalangan para pengikutnya dengan perawakan kerempeng, sering sakit-sakitan, dan pecandu narkotik. Mirza Ghulam Ahmad, menulis buku lebih dari 50 judul, brosur-brosur, dan makalahmakalah. Diantara bukunya yang terpenting ialah: "Izalatul Auham" (menghilangkan prasangka), "I'Jaz Ahmady" (mu'jizat Ahmadiyah), "Barahin Ahmadiyah" (Bukti-bukti Ahmadiyah), "Anwarul Islam" (Cahaya Islam), "I'jazul Masih" (mu'jizat Al Masih), "At-Tabligh" (Tabligh), dan "Tajaliyat llahiyah" (Bukti-bukti Ketuhanan). Para Khalifah dan Tokoh Qadianisme. - Nuruddin: Orang-orang Inggris meletakkan mahkota khilafah di atas kepalanya, kemudian diikuti oleh para pendukungnya. Diantara karya tulisnya ialah "Fashlul Khitab". Dialah khalifah pertama. - Muhammad Ali: Amir Qadiyanisme Lahore. Tokoh ini menjadi otak Qadiyanisme dan mata-mata penjajah, yang bekerja pada sebuah majalah propaganda "Qadiyanisme" Ia telah mengeluarkan sebuah terjemahan Al Qur'an yang diselewengkan dalam bahasa Inggris. Diantara karya-karya tulisnya ialah: "Haqiqatul Ikhtilaf' (hakikat perselisihan), dan "An-Nubuwah Fil Islam" (Kenabian Dalam Islam). - Muhammad Shadiq: Mufti Qadiyanisme. Karangannya antara lain: "Khadimu Khatamun Nabiyyin" ( Khadam nabi terakhir). Basyir Ahmad bin Ghulam. Diantara karya-karyanya ialah: Siratul Mandi (sejarah hidup Al-Mahdi), dan Kalimatul Fashl (kata Pemisah). -Muhammad Ahmad bin Ghulam sebagai khalifah kedua. Diantara karya-karya tulisnya ialah: "Anwarul Khilafah" (cahaya Khilafah), "Tuhfatul Muluk" (persembahan para raja), dan "Hakikatun Nubuwah" (hakikat kenabian). PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA Diyakininya bahwa Mirza Ghulam Ahmad adalah al-Masih yang dijanjikan. Diyakininya, bahwa Allah itu berpuasa, shalat, tidur, bangun menulis dan membuat tanda tangan, bersalah dan berkumpul. (Maha suci Allah dari segala sifat-sifat seperti itu).

Seorang penganut Qadiyani berkeyakinan, bahwa Tuhannya adalah orang Inggris, sebab ia mengajaknya berbicara dengan bahasa Inggris. Qadiyanisme yakin, bahwa kenabian tidak berakhir pada nabi Muhammad SAW, tetapi masih tetap berlangsung. Allah mengutus rasul sesuai dengan kebutuhan. Dan Ghulam Ahmad adalah nabi yang paling mulia dari semua nabi. Diyakininya bahwa, Jibril As. turun-kepada Ghulam Ahmad, memberi wahyu dan ilham kepadanya seperti Al-Qur'an. Dikatakannya bahwa, tidak ada Al-Qur'an, kecuali yang disampaikan oleh Al-Masih yang dijanjikan (yaitu Ghulam Ahmad), dan tidak ada Hadits, kecuali yang datang dari ajaran-ajarannya, dan tidak ada nabi kecuali di bawah naungan Ghulam Ahmad. Diyakininya bahwa mereka adalah penganut agama yang baru, independent, dengan syari'at yang spesifik pula. Dan diyakininya pula, bahwa rekan-rekan Ghulam Ahmad adalah seperti shahabatshahabat Rasulullah SAW. Diyakininya, bahwa "Qadiyan" adalah seperti Madinah Al-Munawwarah dan Makkah, bahkan lebih mulia daripada kedua kota tersebut. Dan tanah Qadiyan itu adalah tanah haram. Itulah kiblat mereka dan tempat haji mereka.

Dihapuskannya aqidah jihad, dan mereka taat tanpa reserve kepada pemerintah Inggris. Sebab, menurut mereka pemerintah Inggris itu adalah yang berkuasa berdasarkan nash Al-Qur'an. Setiap orang Islam, menurut mereka adalah kafir, sampai mereka masuk kepada Qadiyanisme. Dan yang kawin (memperistri atau bersuami) dengan orang non Qadiyanisme dianggap kafir. Dihalalkannya Khamar, candu, heroin dan minum-minuman keras yang memabukkan. AKAR PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEALOGINYAGerakan westernisasi Sir Sayyid Ahmad Khan telah turut membidani lahirnya Qadiyanisme, akibat pemikiran-pemikiran menyeleweng yang dilontarkannya. Untuk mengeksploatasi kondisi tersebut, maka Inggris membuat sebuah gerakan Qadiyanisme. Untukmemimpin gerakan tersebut, dipilihlah seorang laki-laki dari keturunan yang berpengaruh diantara kaki tangan Inggris. Qadiyanisme mempunyai hubungan yang kuat dengan Israel. Negeri ini telah membuka jalan bagi orang-orang Qadiyani untuk mendirikan markas-markas dan sekolah-sekolah, mendorong mereka untuk mampu membuat sebuah majalah yang menjadi corong Qadiyanisme,mencetak buku-buku dan brosur-brosur untuk didistribusikan ke seluruh dunia. Mereka terpengaruh oleh agama Masehi, Yahudi, dan gerakan-gerakan kebatinan. Nampak jelas sekali dalam aqidah mereka dan perilaku mereka, meskipun secara lahir mereka mengaku Islam. TEMPAT TERSIAR DAN KAWASAN PENGARUHNYA Orang-orang Qadiyani sekarang ini, sebagian besar hidup di India dan Pakistan. Dan sebagian kecil dari mereka ada yang hidup di Israel dan dunia Arab. Dengan bantuan penjajah, mereka berupaya menduduki pusat-pusat yang sensitif di setiap negeri dimana saja mereka menetap.

Sumber Asal

Thursday, June 12, 2008

Portal Yang Saya Usahakan bersama PAS Pulau Pinang



Portal ini merupakan portal rasmi Lajnah Pembangunan Usahawan dan Ekonomi PAS, Pulau Pinang yang dipimpin oleh Saudara Zolkifly Md Lazim.

Tujuan portal ini ditubuhkan ialah untuk membangun dan membimbing usahawan Melayu kecil dan sederhana untuk terus kompiten dalam dunia perniagaan hari ini.

Kepada mereka yang masih baru dan berjinak-jinak dalam dunia internet, portal ini merupakan tempat untuk berforum dan belajar tentangnya. Di samping itu, portal ini dapat mengumpulkan usahawan-usahawan dalam satu komuniti tanpa dibatasi waktu dan tempat. Dengan ini rangkaian perniagaan menjadi lebih besar dan masing-masing dapat berkongsi kejayaan sesama sendiri.

Selain itu, portal ini menyediakan ruangan iklan dan pengenalan keatas ahli-ahli supaya dapat dikenali oleh orang ramai.

Portal ini dapat diakses melalui 2 alamat:
1. http://www.pas-port.net/
2. http://www.ekonomipas.net/