Monday, November 16, 2009

Monday, November 9, 2009

Suka Duka Al Imam Qaradhawi Digelar Wahabi

Oleh : Yussamir Yusof
Sumber: www.yussamir.com
Meninjau kembali sejarah dan liku-liku perjuangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi, seseorang itu pasti akan menimba pelajaran yang sangat besar dari tokoh besar ini. Kehidupannya yang penuh dengan ilmu dan dakwah, membentuk diri beliau sebagai seorang sarjana dan ilmuan islam yang disegani pada zaman ini.
Ketika anak-anak murid beliau mengadakan seminar memperingati jasa dan ketokohan beliau serta menamakan beliau sebagai Al-Imam. Air mata beliau menitis deras membasahi janggutnya, kemudian tokoh besar ini berkata, “Sesungguhnya tidaklah layak aku memakai gelaran ini. Aku hanyalah seorang penuntut ilmu, dan akan terus menuntut ilmu hingga akhir hayatku.”
Kesarjanaan dan ketokohan beliau telah diakui oleh beratus malahan beribu ulama besar yang lain di seluruh dunia. Beliau yang sering dijoloki dengan gelaran Al-Imam Al-Wasatiyah (Imam yang bersederhana) bukan sahaja memberi pengaruh yang besar dalam dunia intelektual, malahan memberi sumbangan dalam dunia politik Islam.
Namun begitu, tokoh Ilmuan Islam ini semasa mudanya menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bukan sahaja dari luar malahan dari dalam pusat pengajiannya. Suatu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan pelbagai konterversi hanya kerana beliau menegur gurunya berkaitan dengan perkara khurafat yang berlaku di sekitar Mesir. Atas peristiwa ini, beliau digelar oleh gurunya dengan gelaran Wahabi!
Bukan setakat di bilik darjah, di tempat tinggalnya juga beliau terpaksa menangani kekecohan dari penduduk tempatan yang mendakwa beliau telah menghina para ulama kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza.


Dalam Mukadimah buku beliau Fatwa Mu’asarah, beliau menulis, “Pada mulanya saya menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya: “Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar? Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar? Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ii dengan penuh tabah sambil mempertahankan pandangan. Saya katakana kepada orang-orang yang tidak bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu marilah kita kembali kepadanya.”

Prof Dr Yusuf al-Qadhawi mengharungi tuduhan dan fitnah ini dengan penuh takwa dan sabar. Kerana beliau sedar dan yakin bahawa hak sentiasa akan ditentang oleh kebatilan. Malahan al-Quran dan as-Sunnah telah menceritakan bagaimana sukarnya perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam menyebarkan risalah tauhid dan membersihkan kesyirikan manusia ketika itu.

Kerana yakin dan tahu bahawa hanya kebenaran yang dibawa, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi tidak berganjak dengan prinsip dan seruan tajdidnya(pembaharuan) terhadap agama. Kesungguhan dan keyakinan beliau terhadap seruan kembali kepada al-Quran dan Sunnah (tajdid) atas prinsip dan kefahaman para sahabat dan tabien, telah memberi pengaruh yang besar dalam dunia Intelektual Islam.

Jika disoroti perjalanan dakwah dan kesarjanaan Al-Qardhawi, ia hanyalah kesinambungan dan kelansungan perjuangan Ulama-ulama besar sebelum beliau. Misalnya al-Imam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu al-Qoyim yang sinonim dengan gerakan Tajdidnya dan usaha mereka memerangi syirik dan bid’ah.

Tuduhan dan fitnah yang sentiasa bermain di bibir masyarakat kepada al-Qardhawi masih wujud sehinggalah masa kini, setelah beliau dikenali sebagai Sarjana dan Ilmuan Islam besar. Istilah-istilah Wahabi masih lagi terus wujud dan diletakkan di bahu beliau. Malahan tuduhan bahawa beliau Muktazilah serta kafir turut berlegar di kalangan mereka yang membenci tokoh ini.

Namun, beliau tidak pernah beranjak sedikit pun dari prinsip dan perjuangannya. Walau ditohmah dan dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya, beliau tidak pernah menganggapnya sebagai batu penghalang kepada seruannya kepada umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Menariknya apabila ditanya kepada beliau tentang Muhammad bin Abdul Wahab, seorang tokoh islam yang dituduh dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan tokoh ini dengan gelaran Wahabi. Al-Qardhawi menjawab dalam bukunya Feqh al-Auliyat (Feqah keutamaan) , “Perkara pokok dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mengamalkannya dalam rangka menghancurkan berbagai gejala kemusyrikan.”

Justeru, jika ada tokoh atau Sarjana Islam yang membawa misi yang sama dan seruan yang sama maka bersiap-siaplah untuk mendapat gelaran Wahabi; yang anda sendiri tidak tahu menahu tentang terminologi ini.

Kepada mereka yang suka bermudah-mudah dan ringan mulut memburukan dan membuat tuduhan di atas nama agama. Marilah kita muhasabah dan bersikap amanah dalam menyebarkan ilmu. Buangkan prasangka, sikap ujub serta tabiat melabel-labelkan orang, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap atas tiket agama. Firman Allah dalam surah al-Hujrat ayat 12, “hai orang-orang yang beriman. Jauhilah banyak bersangka-sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”

Dikuatkan lagi dengan pesanan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam, “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan” (Hadith direkodkan Imam Bukhari).

Maka beruntunglah mereka yang tetap di jalan kebenaran, dan jika anda berani untuk mengaku sebagai wahabi, hafallah dan telanlah ucapan HAMKA ini sebagai panduan apabila diasak dengan soalan, “Adakah anda Wahabi?.”

“Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah dalam tulisannya terhadap Mufti Johor as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pada tahun 1958)

Saturday, October 24, 2009

Thursday, October 22, 2009

Gempa di Padang: Kaitan Waktu Dengan Ayat Al-Quran

Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52.

Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang direkodkan ialah 7.6 skala Richter. Hingga kini, angka korban yang dicatatkan menghampiri 1000 orang, dan beberapa buah kampung sudah diisytiharkan sebagai tanah perkuburan besar selepas operasi mencari mangsa yang tertimbus dihentikan.

Beberapa hari selepas tragedi gempa tersebut, tersebar melalui email dan SMS satu andaian mengaitkan waktu-waktu gempa dengan beberapa ayat Al-Quran. Berikut adalah contoh tulisan yang tersebar:

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.

Persoalannya, bolehkah mengaitkan secara langsung tiga ayat Al-Quran di atas dengan tiga gegaran gempa bumi baru-baru ini berdasarkan persamaan antara waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran?

Saya cuba membawakan beberapa fakta yang mempertikaikan kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan nombor surah dan ayat Al-Quran.

1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16, 17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.

Ini bermakna teori mengaitkan waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.

2- Teori mengaitkan waktu peristiwa dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. Ia juga terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan. Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam mempunyai 60 minit.

Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24 surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan kaedah ini.

3- Mengikut teori ini, angka jam dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17 iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.

Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?

4- Jika teori ini benar dan bukannya kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.

Atau sekurang-kurangnya dengan mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.

Tetapi selepas membuat beberapa padanan terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat. Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan antara ayat berkenaan dengan kejadian.

5- Kaedah-kaedah memadankan angka samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.

Perlu difahami, ini bukan bermakna dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran. Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.

Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.

Jika diikutkan teori mereka, sampai bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu hanya mempunyai 24 jam sahaja.

Kesimpulannya, ambil lah iktibar daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara waktu dan nombor ayat Al-Quran.

Sekian.

Sumber : http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/14/gempa-di-padang-kaitan-waktu-dengan-ayat-al-quran/#more-1910

Husnul Awwal : Raya 2009

Monday, September 7, 2009

20 Kitab Hadis Utama

Ini adalah 20 kitab hadith yang utama yang tertibnya mengikut tahun wafat para Imam pemilik kitab2 tersebut.

Kata Al-Imam Asy-Syafi'i(rhm) : "Sekiranya aku terpandang seorang lelaki di kalangan tokoh-tokoh hadith, maka seolah-olah aku telah terpandang seorang lelaki daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Allah SWT membalas mereka dengan kebaikan..."

1.Al-Muwaththa' Al- Imam Malik (179 H)
2.Al-Mushannaf Abdul Razzaq (211 H)
3.Al-Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (235 H)
4.Musnad Imam Ahmad (241 H)
5.Sunan ad-Darimi ( 255 H)
6.Sahih Bukhari (256 H)
7.Sahih Muslim (261 H)
8.Sunan Ibnu Majah (273 H)
9.Sunan Abu Daud (275 H)
10.Sunan at-Tirmidzi (279 H)
11.Sunan an-Nasa'i (303 H)
12.Musnad Abi Ya'la Al-Mushaili ( 307 H)
13.Sahih Ibnu Khuzaimah ( 311 H)
14.Sahih Ibnu Hibban ( 354 H)
15.Mu'jam Al-Kabir (at-Thabarani) ( 360 H)
16.Mu'jam Al-Ausath (at-Thabarani) (360 H)
17.Mu'jam As-Saghir (at-Thabarani) (360 H)
18.Sunan ad-Daruquthni (385 H)
19.Mustadrak Al-Hakim (405 H)
20.Sunan al-Kubra ( al-Baihaqi) (458 H)

p/s : Talhah, ana copy yer..hehe

Sunday, September 6, 2009

Puasa : Amalan Sunnah Dan Amalan Masyarakat

Astro, 28 Ogos 2009
Panel : Ustaz Hisham Radhi & Ust Roesfan
  1. www.youtube.com/watch?v=-ROw2j9osI0
  2. www.youtube.com/watch?v=6lvOmyyW6MU
  3. www.youtube.com/watch?v=cBexhmxbNN8
  4. www.youtube.com/watch?v=JMzDVknsrK4
  5. www.youtube.com/watch?v=CI2WVEd_fjk
Semoga bermanfaat.

Hukum Seputar Malam Lailatul Qodar

Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Soal 1: Malam Lailatul Qodar itu jatuh pada hari ke berapa?
Jawab: Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qodar itu jatuh, tetapi di dalam hadits diterangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qodar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang artinya): “Sesungguhnya malam Lailatul Qodar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu shubuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan sholat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).

Hadits di atas menunjukkan bahwa malam Lailatul-Qodar pada saat itu jatuh pada malam yang ke-21. Sedangkan para sahabat Rosululloh melihat dalam mimpi mereka bahwa malam Lailatul-Qodar jatuh pada malam ke 27. (HR. Bukhori no.2015, Muslim no.1165 dari shohabat Abdulloh bin ‘Umar ).

Yang shohih dari perbedaan para ulama tentang jatuhnya malam Lailatul-Qodar pada 10 hari terakhir adalah berpindah-pindah pada setiap tahunnya, terkadang pada tahun ini jatuh pada malam yang ke 21, kemudian pada tahun berikutnya jatuh pada malam yang ke 29, 25 atau 24.

Adapun hikmah berpindah-pindahnya malam Lailatul-Qodar supaya orang-orang yang malas menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Romadlon. Hikmah yang lainnya juga yaitu agar menambah amal shalih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah. (Syaikh Utsaimin)

Soal 2 : Apa alamat/tanda malam Lailatul-Qodar?
Jawab: Lailatul-Qodar mempunyai beberapa alamat/tanda, baik secara langsung (yaitu pada malamnya) maupun setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya). Adapun alamat secara langsung (yaitu pada malamnya) di antaranya:

1) Sinar cahaya sangat kuat pada malam Lailatul-Qodar dibandingkan dengan malam-malam yang lainnya. Tanda ini pada zaman sekarang hanya bisa dirasakan oleh mereka yang tinggal ditempat yang jauh dari sinar listrik atau sejenisnya.

2) Bertambah kuatnya cahaya pada malam itu.

3) Thuma’ninah. Yaitu ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman lebih kuat dari malam-malam yang yang lainnya.

4) Angin dalam keadaan tenang pada malam Lailatul-Qodar, tidak berhembus kencang (tidak ada badai) dan tidak ada guntur. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya): “Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Romadlon) yaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”. (HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan dishohihkan oleh keduanya).

Kemudian hadits dari shohabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya) “Sesungguhnya alamat Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaithon keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)

5. Terkadang Alloh memperlihatkan malam Lailatul-Qodar kepada seseorang dalam mimpinya. Sebagaimana hal ini terjadi pada diri para shahabat Rosululloh .

6. Kenikmatan beribadah dirasakan oleh seseorang pada malam Lailatul-Qodar lebih tinggi dari malam-malam yang lainnya.

Adapun alamat setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya) di antaranya: Matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tidak tersebar sinarnya dan tidak menyilaukan, berbeda dengan hari-hari biasanya. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Ubay bin Ka’ab yang mengatakan: “Sesungguhnya Rosululloh mengkabarkan kepada kami: “Sesungguhnya Matahari terbit pada hari itu dalam keaadaan tidak tersebar sinarnya”. (HR. Muslim no.762, 2/828) Adapun alamat yang menyebutkan bahwa tidak ada atau sedikit gonggongan anjing pada malam Lailatul-Qodar adalah tidak benar, karena terkadang dijumpai pada 10 malam terakhir di bulan Romadlon anjing dalam keadaan menyalak/menggonggong. (Syaikh Utsaimin)

(Diterjemahkan oleh Al Ustadz Abu ‘Isa Nurwahid dari Fataawa Lajnah ad Da’imah, Syarhul Mumthi’ Ibnu Utsaimin, Fataawa wa Rasaail Ibnu Utsaimin, dan Majmu’Fataawa Syaikh Shalih Fauzan)

Sumber

Saturday, September 5, 2009

Friday, March 20, 2009

Syiah Yang Melampau!

Demonstrasi Syiah Rafidhah di depan kedutaan Arab Saudi Di London.

Sama ada kita suka atau tak suka kepada Kerajaan Saudi, sebagai saudara seIslam kita tidak akan dapat menerima perbuatan terkutuk demonstrasi ini.

Lihatlah bagaimana mereka membenci sunni dengan menuntut kemerdekaan Mekah dan Madinah daripada penguasa Sunni.

Mereka membenci Sunni dengan memainkan sentimen Wahhabi=Terrorism.

Biadapnya mereka memijak gambar mufti Saudi yang mewakili para ulama semenanjung tanah arab yang majoritinya Sunni Salafi Hanabilah.

Lebih parah lagi, mereka melawankan di antara Abu Sufian = Nabi Muhammad, Umar = Fatimah, Muawiya = Ali dan lain-lain. Penghinaan kepada para sahabat dengan sangat jelas. Perbuatan yang boleh menjerumuskan kepada kekafiran.

Tiada cinta di dalam hati mereka kepada sunni. Hanya dipenuhi kebencian kepada kita. Awas jangan terperangkap!

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Asal gambar:
شبكة الدفاع عن السنة

Link Video:
http://www.dd-sunnah.net/records/view/id/1794

p/s : Sebar-sebarkanlah dalam apa jua bentuk, semoga menjadi peringatan kepada umat Islam.

Monday, March 9, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Jom Boikot Produk US/Israel




Apa yang boleh kita lakukan pada masa ini ialah melumpuhkan ekonomi US/Israel.
Jom ramai-ramai!





dan lagi...






AOL Time Warner, Time Life magazine, CNN, ICQ

Apax Partners, Jonny Rockets, Sunglass Hut.

Arsenal Football Club

Coca-Cola, Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..

Caterpillar

Danone, HP foods, Evian, Volvic, Jacob

Delta Galil, Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S

Disney

Emblaze

Estée Lauder, Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade

Home Depot, Villager's Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres

IBM

Intel

Johnson & Johnson

Kimberly-Clark





Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex

Lewis Trust Group, River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific

The Limited Inc, Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel

L'Oreal, Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

Marks & Spencer, M&S, St.Michaels

McDonald's

Motorola

Nestle, Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

News Corporation





TV : Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

Nokia

Revlon





New World Entertainment, Forbes

Sara Lee, Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

Siemens

Selfridges

Starbucks, Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

Timberland





sesetengah produk mungkin agak susah untuk dielakkan. jadi kita mesti bersatu.

Sunday, January 4, 2009

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Awwal!!

Alhamdulillah,
Pada tarikh dan masa ini (4 Jan 2009 9.26AM) genaplah umur Husnul Awwal setahun. Maka dengan ini genaplah juga setahun aku menunaikan tanggungjawabku sebagai ayah.

Masa dirasa sangat cepat berlalu. Belum sempat puas menimang-nimang bayi, kini terpaksa berkejaran dengan Awwal segenap ruang rumah.

Kekadang penat dengan telatah dia yang begitu aktif. Tapi selalunya terhibur lah.
Perabot bergelimpangan, periuk belanga habis kemek, kertas bertaburan...itulah kerja Awwal.

Aku bersyukur kepada Allah dengan kurniaan anak yang sihat dan cerdik. Diharap rahmat ini akan berkekalan.

Inilah wajah-wajah Awwal sejak setahun yang lalu. Comel kan?

Saturday, January 3, 2009

Lagu Perjuangan

Ke manakah Majlis Fatwa Kebangsaan?

Ketika sekumpulan gadis-gadis bukan Muslim berarak membantah fatwa berkaitan 'pengkid' di ibu negara, ramai umat Islam merasakan tindakan kumpulan tersebut amat keterlaluan. Sikap tidak menghormati agama lain dan juga sentimen perkauman itu tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun di satu sudut yang lain ramai yang berasa hairan apakah 'besar' dan 'penting'nya isu pengkid dan tomboi itu untuk dijadikan agenda perbincangan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?



Isunya adalah keutamaan...fiqh awlawiyaat!

Pada tahun 2006 saya pernah mengkritik tentang kealpaan ramai pihak di Malaysia di dalam isu memahami keutamaan sesuatu perkara. Khazanah ilmu yang diajarkan oleh Islam dan kemudiannya diolahkan semula oleh al-Qaradawi itu bagaikan tiada nilainya di Malaysia oleh pihak autoriti agama. Fiqh Awlawiyaat bagaikan halimunan di dalam kamus pentadbiran mereka. Memahami kedudukan mereka sebagai penjawat awam kerajaan dan juga kotak pembesar suara kepada pihak majikan, ianya bagaikan norma biasa.

Di waktu ini, saya sudah kembali ke Durham setelah hampir seminggu menyertai demonstrasi besar-besaran di London di hadapan kedutaan besar Israel di High street Kensington. Semenjak hari Ahad yang lepas (28 Disember 2008), para demonstran yang terdiri dari semua lapisan dan kumpulan masyarakat telah mengadakan bantahan di hadapan kedutaan tersebut. Keadaan yang sama berlaku di ibu kota negara-negara Eropah yang lain. Masyarakat sivil yang sedar dan bertamadun membantah tindakan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis.

Di sini umat Islam, Arab, Pakistan, Asia, Kristian, kumpulan berhaluan kiri, golongan Yahudi anti-Zionis, Yahudi Orotodoks dan semua kumpulan berhimpun. Mereka semua bersama di atas satu niat suci, membantah tindakan kebinatangan rejim Zionis di Gaza. Agak pelik, di dalam hampir sedozen siri demonstrasi di kota London yang saya pernah sertai, demonstrasi kali ini agak berlainan. Pihak keselamatan bertindak luar biasa, alah beberapa orang pemuda telah ditangkap. Namun, alhamdulillah tiada air gas dan bom pemedih mata yang ditembak. Tiada juga aksi polis membelasah para demonstran. Kesimpulannya keganasan terhadap rakyat sendiri seperti di Kaherah dan Amman tidak berlaku...



Dengar khabarnya di Malaysia juga sudah dianjurkan beberapa demo...peliknya tidak disekalikan. PR buat PR punya, dan BN buat BN punya...tak macam di London, demo bukan untuk cari political miledge....di Malaysia lain ceritanya.

Tak kisahlah itu orang politik, tapi ke manakah golongan autoriti agama?
Takkanlah para mufti takut mencemarkan jubah untuk tuun berdemo?
Setidak-tidak pun, buatlah majlis tergempar untuk mengeluarkan fatwa...
Tak pun keluarkan press statement...

Kemanakah pula JAKIM? YADIM? IKIM? Jabatan-jabatan agama negeri? Ketua-ketua agama negeri?

Terus terang ramai yang hilang kepercayaan terhadap golongan autoriti agama. Sikap jumud dan tidak pro-aktif mereka menyebabkan umat Islam menjadi keliru...agama hanya dijadikan alat untuk mencari makan dan publisiti. Agama difahami dengan kerangka yang begitu sempit. Isu Palestin merupakan isu yang mengundang sikap dan penglibatan mereka, tetapi ke manakah mereka?

Mungkin para siswa di Mesir kena bertindak berani. Buat resolusi bersama, jika kerajaan Mesir enggan membuka pintu sempadan Refah dan enggan membenarkan sukarelawan untuk membantu peperangan di Gaza, kesemua pelajar Malaysia akan pulang ke Malaysia dan mengosongkan univeriti al-Azhar! Bayangkan kerugian ekonomi yang akan kerajaan Mesir tanggung jika para pelajar dari dunia Islam meninggalkan bumi Kinanah.

Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri, namun sesuatu yang pro-aktif perlu diadakan. Rejim Mubarak perlu diajarkan...

Semalam, (2 Januari 2009) demonstrasi di hadapan kedutaan Mesir di London (Edgewear street) telah diadakan. Mesir merupakan dalang paling jahat di dalam isu pembunuhan rakyat Palestin. Kerajaan rejim Mubarak merupakan pembunuh utama rakyat Gaza.

Down down Israel, down down Mubarak!

Maszlee

Sumber