Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Thursday, December 25, 2008

Hukum Mengucapkan Merry Christmas

Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/

Apabila penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di enjin carian internet www.google.com, hasil penemuan pertama yang dikemukakan menyebut:

Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph. His real Father is God and Jesus was God's gift to all of us!

Christmas is the celebration of the birth of Jesus. Christians decided to celebrate this day many years after He was born. December 25 was picked as this day, even though it probably is not the exact day He was born. That is not as important as the reason we celebrate Christmas. Jesus is the reason for the season. The season is not just to receive gifts, get time off from school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was born for us...to take away our sins...so that we can be forgiven of the bad things we do forever. This is the greatest gift of all! [www.godschildrenscorner.com]

Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara, pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Adalah memadai dalam artikel ini kita memberi tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu Jesus sebagai anak Allah.

Apakah pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki anak? Jawapannya boleh diperolehi secara jelas daripada al-Qur’an.

Pertama, Allah adalah Tuhan yang bebas daripada diperanakkan atau memiliki anak. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya". [al-Ikhlas 112:1-4]

Kedua, mengatakan Allah memiliki anak adalah satu kesalahan yang amat berat:

Dan mereka berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. [Maryam 19:88-92]

Ketiga, dakwaan Allah memiliki anak adalah sebahagian daripada kepercayaan Trinity yang dipegang oleh orang-orang Kristian. Kepercayaan Trinity bermaksud Allah adalah tiga sekalipun satu, iaitu (1) The Father, (2) The Son and (3) The Holy Spirit. Ini adalah satu kesalahan yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.

Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)".

Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [an-Nisa’ 4:171]

Keempat, apabila orang-orang Kristian enggan berhenti daripada kepercayaan Trinity mereka sebagaimana yang dilarang oleh ayat 171 surah an-Nisa’ di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghukum mereka kafir:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:73]

Ayat-ayat al-Qur’an di atas tidaklah bersifat samar-samar dalam menyatakan kesalahan mendakwa Allah memiliki anak. Pengkhususan diberikan kepada kepercayaan agama Kristian yang mendakwa Jesus adalah anak Allah. Jesus sebagai anak Allah adalah salah satu unsur Trinity. Berpegang kepada kepercayaan sebegini adalah satu kekafiran yang tidak diragukan lagi.

Alhamdulillah umat Islam bebas daripada kepercayaan Allah memiliki anak dan Trinity. Akan tetapi umat Islam tidak sahaja dituntut untuk menjauhi kepercayaan sedemikian tetapi juga dilarang daripada membantu atau menyokongnya. Ini kerana di dalam Islam, apabila sesuatu perkara itu adalah salah maka kita bukan sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [al-Maidah 5:02]

Termasuk dalam keumuman perintah “…bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan…” ialah membetulkan kepercayaan orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan bukan dengan menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan dialog dengan cara yang terbaik, yakni dengan ilmu dan hikmah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, melainkan kepada orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu. Dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri." [al-Ankabut 29:46]

Termasuk dalam keumuman perintah “…janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa…” ialah jangan kita membantu dan menyokong kepercayaan orang-orang Kristian. Di antaranya ialah jangan diucapkan: “Merry Christmas” kerana dengan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama, kita mengiktiraf kepercayaan mereka dan memberi ucapan tahniah untuk mereka meneruskan kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke atas kita.

Adapun tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani, ia adalah tindakan yang menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Mumtahanah 60:08]

Akan tetapi menghormati dan berbuat baik kepada orang bukan Islam, dalam kes ini orang-orang Kristian, tidaklah sampai ke tahap membenarkan dan membantu kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah. Sebagai contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. [Luqman 31:15]

Jelas bahawa berbuat baik tersebut adalah dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa yang bersifat syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik maka tidak ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana syirik tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan ibubapa mereka dengan cara yang baik.

Justeru kita memang dituntut berbuat baik kepada orang-orang bukan Islam. Akan tetapi tuntutan ini tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada Allah atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai perayaan keagamaan mereka.

Timbul persoalan seterusnya, bagaimana seharusnya sikap kita kepada majikan, guru, rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang menyambut Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu anjakan paradigma. Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila menghadapi sesuatu persoalan seringkali akan cuba mengubahsuai agama Islam supaya selari dengan persoalan tersebut. Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama Islam? Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi pemimpin, bukan asyik dipimpin.

Dalam kes ini, sikap kita terhadap orang-orang Kristian yang berkaitan ialah menerangkan kepada mereka bahawa kita menghormati kepercayaan yang mereka pilih. Akan tetapi tidaklah bererti kita mengiktiraf dan menyertai perayaan keagamaan mereka kerana ia bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri. Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti mudah untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah mungkin ia dapat membuka ruang dakwah untuk kita membetulkan kepercayaan Trinity yang mereka pegangi.

Sudah tentu bahawa penjelasan dalam dua perenggan terakhir di atas adalah berdasarkan kemampuan setiap individu. Jika seseorang tersepit dalam suasana yang menekan, maka dibolehkan baginya mengucapkan Merry Christmas sebagai pilihan yang terakhir. Allah sebagai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengetahui apabila seseorang hambanya terpaksa melakukan satu perkara yang tidak diingininya.

Perkara lain yang perlu digariskan adalah, tidak mengucapkan Merry Christmas tidak bererti akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana perpaduan rakyat bukan bererti persatuan agama tetapi saling menghormati ajaran agama masing-masing.[1]

Menghormati ajaran agama masing-masing bukanlah bermaksud kita umat Islam perlu mengalah kepada orang Kristian dengan mengucapkan Merry Christmas kepada mereka, tetapi dengan orang Kristian sendiri yang mengalah kepada umat Islam dengan menghormati kenapa ajaran Islam melarang umatnya daripada mengucapkan Merry Christmas.

[1] Perlu dibezakan bahawa “menghormati ajaran agama masing-masing” tidaklah bererti kita boleh menjadikan umat beragama lain sebagai Wali. Kedua, ia tidak bererti kita boleh meninggalkan kewajipan untuk berdakwah kepada mereka. Lebih lanjut rujuk risalah penulis: Kerukunan Antara Agama, Bukan Kesamaan Antara Agama yang dimuatkan dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah – Buku 2 (Jahabersa, Johor Bahru 2005).

Sunday, December 14, 2008

Media usah ghairah dedah aib orang

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Mengejar isu sensasi jangan sampai musnahkan kehormatan umat
Islam



GHIBAH atau mengumpat adalah menyebutkan hal yang dibenci atau menimbulkan kemarahan pihak lain baik hal itu berkaitan dengan kekurangan dalam bentuk fizikal, tingkah laku dan perbuatan sama ada ia dinyatakan secara langsung atau isyarat.

Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. Firman Allah SWT, "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" (Al-Hujurat (49):12)

Sekarang ada pihak menjadikan amalan mengumpat ini sebagai kerjaya rasmi. Habis segala hal berbentuk peribadi yang mengaibkan ingin dibongkar menerusi media massa dan dihidangkan kepada masyarakat yang dahagakan cerita sensasi dan kontroversi.

Setengah pengamal media beranggapan perbuatan itu bukan suatu kesalahan kerana mereka hanya menyampaikan cerita yang benar walaupun ia boleh mengaibkan sesetengah pihak. Ada kala isu dimainkan oleh media itu dapat meruntuhkan sebuah perkahwinan, memutuskan tali silaturahim di antara sesama umat Islam dan boleh menyebabkan terjadinya persengketaan yang berpanjangan.

Hendaklah golongan ini memahami sekiranya bentuk keaiban yang diperkatakan pihak lain itu benar sekalipun ia tetap termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah sekiranya berita itu tidak benar. Jika ini terjadi maka mereka ini sebenarnya menggabungkan dua bentuk perbuatan mungkar iaitu fitnah dan mengumpat.

Rasulullah bersabda, "Tahukah kalian apa itu mengumpat?" Para sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Kemudian Baginda bersabda: "Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci." Ada yang bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?" Baginda menjawab: "Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya." - Hadis riwayat Imam Muslim.

Perkara yang dirasakan boleh memalukan atau menimbulkan kemarahan umat Islam yang lain sepatutnya disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hendaklah kita semua ketahui menjaga kehormatan orang Islam lain adalah satu tanggungjawab diperintahkan Rasulullah SAW.

Sesetengah pengamal media begitu berbangga dengan kejayaan mereka apabila dapat membongkar sesuatu isu yang sensasi. Ketahui sikap mereka yang bergembira di atas kesedihan orang Islam yang lain adalah perbuatan yang kelak akan mendatangkan balasan yang buruk. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah engkau menampakkan kegembiraan di atas kesedihan saudaramu yang akan menyebabkan Allah merahmati dan menimpakan kepadamu kesedihan saudaramu itu." – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.

Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit Baginda melihat seksaan yang mengerikan menimpa golongan yang gemar mengumpat.

Baginda melewati sekelompok orang yang mempunyai kuku dari tembaga. Mereka mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku tembaga itu. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril: "Wahai Jibril siapa mereka itu?" Jibril menjawab: "Mereka adalah orang yang sering makan daging manusia, dan mereka yang suka membicarakan kejelekan orang lain" - Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud.

Justeru, bagi mereka yang menjadikan umpat-mengumpat serta mencari-cari cerita sensasi yang boleh mengaibkan pihak lain sebagai suatu kelaziman, hendaklah mereka melakukan muhasabah terhadap perbuatan mereka itu. Allah SWT berfirman:

"Janganlah kamu mengintip (mencari keaiban) orang lain." - Al-Hujurat (49):12


Oleh itu, janganlah kita semua disibukkan dengan mencari atau mendedahkan keaiban orang lain. Apa yang lebih munasabah untuk kita lakukan bersama adalah untuk melihat keaiban ataupun kekurangan yang ada pada diri kita sendiri agar kita semua dapat membebaskan diri kita daripada melakukan perkara berdosa dan berunsur maksiat. Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain." - Hadis riwayat al-Bazzar

Ulama menafsirkan istilah thuubaa di dalam hadis di atas sebagai sebuah pohon di dalam syurga dan darjat yang tinggi di dalam syurga. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung ini. Bagi pemilik syarikat media tempatan berusahalah untuk mengurangkan isu kontroversi yang tidak memberikan faedah kepada masyarakat dan tingkatkan prestasi dalam menerbitkan berita yang dapat membawa umat Islam ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Thursday, November 13, 2008

'Holy Water' orang Melayu?

Oleh: Nawawi
Sumber: http://an-nawawi.blogspot.com/

Kalau suatu ketika atau mungkin sehingga masa ini, nama Holy Water (Air Keramat) memang
cukup terkenal sebagai air sihir yang dikatakan dihasilkan oleh golongan paderi dari kalangan penganut kristian. Sebahagian masyarakat Islam khususnya dari kalangan orang Melayu pernah menggembar-gemburkan isu air tersebut (Holy Water) yang dikatakan memiliki kuasa tertentu yang mampu menjadikan seseorang penganut Islam yang meminumnya murtad dengan serta-merta akibat dari melupai Allah, gagal membaca syahadah, dan lantas membenci agama asalnya. Tetapi sebaliknya akan terus berminat kepada agama kristian dan menganutinya.

Nah! Betapa hebatnya air Holy Water!
Namun sayangnya, fakta-fakta tersebut telah disangkal sendiri oleh para paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yang bersifat seperti itu. Seandainya ia benar sekalipun, ia tidak akan mampu memudharatkan umat Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta’la telah
berfirman,

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun, kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)

Secara logiknya, sekiranya Holy Water tersebut benar-benar wujud sebagaimana dikata yang memiliki kuasa sihir untuk mempengaruhi manusia memeluk kristian, sudah tentu tidak akan ada orang kristian yang akan masuk Islam. Tetapi itulah hakikatnya, di mana puluhan ribu manusia penganut kristian boleh memeluk Islam dengan sukarela saban waktu. Sehingga paderi-paderi mereka pun ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam dan kini giat menjadi pendakwah yang mengajak orang lain menganut Islam.

Setelah kewujudan air “Holy Water” kristian itu menjadi reda, air “Holy Water” buatan orang melayu masih belum reda malah semakin menyubur sehingga ke masa ini.

Holy Water milik masyarakat melayu ini dikatakan mampu menjadikan seseorang yang asalnya malas menjadi rajin, si bodoh boleh menjadi bijak, orang yang gelap hatinya akan menjadi ulama, orang yang selalu gagal boleh menjadi manusia berjaya, orang bujang boleh segera bertemu jodoh, malah sehingga boleh menjadikan seseorang yang sakit tenat kembali sihat. Sehingga terdapat Holy Water dengan ramuan-ramuan yang tertentu mampu membantu mengubati sehingga penyakit jantung dan buah pinggang yang kronik.

Begitulah keajaiban Holy Water versi melayu. Ia bukanlah suatu yang ditakuti sebagaimana kewujudan Holy Water versi kristian. Tetapi, Air keramat versi melayu ini adalah air yang menjadi buruan masyarakat yang benar-benar belum mengerti yang mengejar keajaiban segera. Mereka sebenarnya menjadi mangsa oleh golongan agamawan yang merosakkan.

Malah, kini ia bukan lagi setakat air, tetapi produk ini kini diperluaskan lagi ke dalam bentuk
lainya seperti melalui “Kismis Keramat”, “Madu Keramat”, dan seumpamanya. Produk-produk ini kini memiliki nilai komersil yang begitu hebat sekali.




Akhirnya, cara menghasilkan air-air keramat dan produk-produk keramat itu kian terbongkar!
Caranya amat mudah iaitu hanya dengan memanggil mana-mana orang berpangkat tok-tok guru atau ustaz-ustaz tertentu supaya mereka membacakan doa-doa tertentu, atau jampi-jampi tertentu, atau dengan mana-mana ayat-ayat suci al-Qur’an atau kebiasaannya surah Yasin, pada produk-produk tersebut. Setelah dibacakan pada produk tersebut, maka ianya akan dibungkuskan untuk dipasarkan kepada para pengguna atau pembeli yang mengkehendakinya. Malah ada juga produk seperti madu asli yang khas dibacakan dengan 30Juzuk al-Qur’an oleh
Ma’had-ma’had tahfiz tertentu bagi menjadikan madu tersebut lebih “power” (memiliki nilai tambah) berbanding madu asli yang lainnya. Malah dengan bacaan tersebut, akan menjadikan madu tersebut memiliki kuasa terapi dan daya penyembuhan yang lebih dasyat. Sehingga mampu memberikan keajaiban segera kepada para peminumnya. Wallahu a’lam.

Namun, tidak pula kita temui daya tambah yang seperti itu melalui kalam Rasulullah... wallahu a’lam. Meminum madu itu sememangnya anjuran sunnah, sayangnya tidak pula Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan atau menunjukkan kaedah nilai tambah sebagaimana yang tersebut.

Sehinggakan saya sendiri pernah melihat ada sebahagian majlis-majlis bacaan yasin (yasinan) dan majlis-majlis tahlil (tahlilan) yang menyediakan air dalam jumlah-jumlah tertentu dengan diletakkan pada bekas-bekas tertentu yang kebiasaannya botol-botol bersaiz bekas mineral water, diletakkan pada kedudukan di tengah-tengah lingkaran majlis tersebut diadakan. Lebih
menariknya, apabila bacaan/majlis hendak dimulakan, penutup bekas (atau botol) akan dibuka dan setelah tamat majlis, penutup botol akan ditutupkan semula. Kemudiannya air-air tersebut akan diagih-agihkan dan diminum dengan hasrat akan memberi keberkatan dan penerang hati kepada si peminumnya.

Malah, selain dari majlis itu, air-air seperti itu kini kian menjadi suatu bahan produk yang
benar-benar memiliki nilai yang tinggi hasilnya. Serta memiliki nilai permintaan yang begitu tinggi di negara kita. Sekaligus mampu memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada para penjualnya.

Begitulah betapa telah meluasnya produk-produk ganjil dan aneh tersebut di dalam pasaran negara kita hari ini. Semuanya tidak lain, ianya wujud dan menjadi begitu “demand” disebabkan oleh kejahilan sebahagian masyarakat kita terhadap agama.

Jikalah benar para ustaz dan tok-tok guru tersebut ikhlas mahu membantu, apalah salahnya sekiranya dijampikan saja air sebanyak di lautan, air sepanjang sungai, air-air di empangan milik jabatan bekalan air, selebar air di tasik-tasik, air setelaga, beras di gudang-gudang, dan padi yang sedang menguning di sawah-sawah padi. Cara seperti ini lebih membantu, malah hasilnya kelak bakal diterima oleh keseluruhan masyarakat dengan lebih komprehensif dan adil. Kebaikannya bakal dapat dirasai bersama. Sama ada masyarakat yang miskin atau kaya. Yang mengetahui atau yang tidak mengetahui. Lalu, akan cerdik agama, bijak bestari dan sihat-sihat
belakalah seluruh masyarakat kita lantaran berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Akhirnya, seluruh negara akan mendapat manfaatnya. Nescaya akan cemerlang, gemilang dan terbilang masyarakat kita di Malaysia dengan berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Kelak akan lahirlah bijak pandai Melayu yang bakal menerima anugerah Nobel di peringkat antarabangsa, dan apabila ditanya tentang rahsia kejayaannya, maka jawablah, “Saya mengamalkan memakan madu keramat atau air penerang hati atau mungkin juga kismis doa!”

Tidak dinafikan memang wujud hadis-hadis yang menunjukkan kepada adanya persoalan
ruqyah dan jampi. Namun bukanlah sehingga diperluaskan skopnya kepada semua persoalan dan malah sehingga ianya dikomersilkan (dipasarkan).

Perlu untuk kita fahami sesuatu konsep itu dengan betul. Bahawa orang yang jahil (bodoh), ubatnya adalah dengan menuntut ilmu, orang yang gelap hatinya adalah dengan mempelajari al-Qur’an dan hadis, ubat bagi sebuah kegagalan adalah dengan meningkatkan daya usaha dan perancangan, orang yang malas ubatnya adalah dengan motivasi dan galakkan, orang yang sakit adalah dengan berjumpa doktor. Jangan kita brputus asa, Malah Allah memberi ruang kepada kita agar sentiasa berdoa memohon kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, 13: 11)

Mungkin ada sebahagian penyakit seperti kerasukan jin atau terkena sihir, bolehlah dia diruqyah iaitu diberi rawatan dengan cara terapi jampi berpandukan petunjuk as-Sunnah. Iaitu dengan doa-doa tertentu yang tsabit dari as-Sunnah dan dengan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an tertentu. Juga mereka yang terkena sengatan lipan dan gigitan haiwan berbisa tertentu, maka memang ada sunnahnya dalam hal ini. Namun, perlulah merujuk dengan kaedah yang
benar-benar sahih dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukannya main hentam kromo mengikut hawa nafsu yang kemudiannya dijadikannya sebagai produk meraih keuntungan. Bukanlah juga dengan sekadar membeli air pelbagai kegunaan cap “tok ustaz” di pasaran lalu diberikan kepada anak-anak yang sedang demam, anak yang mahu mengambil peperiksaan, anak-anak yang mahu menambah daya hafalan, dan seumpamanya.

Cara yang terbaik adalah si pesakit (yang mengalami gangguan) mengubati dirinya sendiri berpandukan zikir-zikir atau doa-doa yang ditunjuk-ajarkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadisnya yang sahih. Di samping itu, mereka sendirilah yang
perlu mengubah cara hidupnya iaitu dengan cara memperbaiki amal-amalnya, menjauhi syirik (sentiasa memelihara aqidah), dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Tidak lupa supaya dia sentiasa membaca, meneliti, serta mengamalkan isi kandungan al-Qur’an di mana pun dia berada. Jangan sehingga menjadikan rumahnya seperti kawasan kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Begitulah indah dan mudahnya mengamalkan Islam. Ia dipraktikkan berdasarkan ilmu dan keikhlasan.



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97)

Berdoalah dan mintalah kepada Allah dengan istiqomah dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada syirik. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha memperkenankan doa. Dia sentiasa dekat dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Maka, dengan ini, tinggalkanlah air-air keramat berupa produk-produk yang boleh menjadikan kita sebahagian dari pengikut hawa nafsu! Berubahlah dengan menjadi manusia yang beragama berpandukan ilmu.

Thursday, August 28, 2008

Keistimewaan Bulan Ramadan



Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain.

Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini
disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah
s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang enjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.


3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.


4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.


5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau
menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan
dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan
Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah
lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong
melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada
faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.
" - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.


8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman
ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril
turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
" – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.


Apakah itu Lailatulqadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu. Selain itu, apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya ditetapkan oleh ALLAH pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan
tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah itu termasuk bid’ah paling mungkar kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w dan wajib
ditinggalkan. Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 867.

Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang
mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku.
" – Surah al-Dukhaan:
3-4.


Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya,
hadis no: 1174.

Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya
(selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang
layak bagi Zat-MU.
" – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Sumber

Saturday, July 5, 2008

“Saya tidak tahu…”

“Saya tidak tahu…” Itulah perkataan yang paling berat disebut oleh sebahagian mereka yang bergelar ustaz dan ustazah apabila diajukan soalan-soalan agama. Golongan ini sangat fobia dengan perkataan tidak tahu, tidak ingat, lupa dan seumpamanya. Malu jika orang tahu bahawa dia tidak tahu. Takut jawapan sebegini mengaibkannya. Takut selepas ini orang tidak lagi menghormatinya. Ustaz yang terkena sindrom ini apabila disoal fatwa yang dia tidak tahu jawapannya, dia akan cuba menutup kelemahan dirinya. Caranya ialah dengan berlagak tahu, dan cuba menjawabnya secara rambang
Aib sangatkah ucapan ’saya tidak tahu’ sehingga ada yang sanggup menggadai amanah ilmu kerana malu menyebutnya? Berdosakah seorang ustaz jika tidak menjawab soalan yang dia tidak tahu atau tidak yakin?
Hakikatnya, seorang ustaz yang menjawab segala permasalahan agama adalah seorang individu yang tidak waras!!! Ibn Abbas r.a. berkata: “Sesiapa yang berfatwa dalam segala masalah yang ditanya oleh orang ramai, maka dia adalah orang gila”. Kerana, tidak mungkin seorang insan dapat menguasai segala ilmu tanpa ada sedikit pun kekurangan.
Allah Taala sudah memberi amaran supaya tidak sewenang-wenang mengeluarkan hukum-hakam agama tanpa ilmu. FirmanNya: “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung”. (Al-Nahl: 116).
Di dalam satu hadis yang direkod oleh Ahmad, Abu Daud dan lain-lain, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa berfatwa tanpa ilmu, maka dosanya adalah bagi orang yang berfatwa”.
Para ustaz sewajarnya membayangkan dosa dan pahala, syurga dan neraka di hadapannya sebelum menjawab soalan-soalan agama. Sebagaimana nasihat Imam Malik: “Sesiapa disoal satu masalah, maka sebelum menjawabnya hendaklah dirinya membayangkan syurga dan neraka, dan bagaimanakah untuk melepaskan diri pada hari akhirat. Selepas itu, barulah menjawab soalan”.
Kalau tahu jawapannya, Alhamdulillah. Kalau tidak tahu, maka sebutlah, “Saya tidak tahu”.
Imam Malik pernah ditanya satu soalan. Lalu beliau menjawab, “Saya tidak tahu”. Si penyoal itupun berkata, “Imam, ini soalan ringan sahaja…”. Imam Malik lantas berkata, “Dalam ilmu, tidak ada satu pun yang ringan. Tidak pernahkah kamu mendengar firman Allah: Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al-Muzzammil: 5). Dalam ilmu, semuanya berat”.
Atho’ Bin Abi Rabah menceritakan betapa para salaf dan sahabat sangat gentar mengungkapkan hukum-hakam Allah Taala. Katanya: “Aku sempat bertemu dengan beberapa kumpulan manusia, apabila salah seorang mereka ditanya suatu permasalahan, dia menjawabnya dalam keadaan menggeletar”.
Utbah Bin Muslim menceritakan tentang Ibn Umar r.a. Katanya, “Aku bersahabat dengan Ibn Umar selama 34 bulan. Apabila ditanya soalan kepadanya, kerap kali dia menjawab: Aku tidak tahu”.
Imam Syafie juga seorang yang amat berhati-hati dalam menjawab soalan. Pernah beliau ditanya satu soalan, lalu beliau senyap tanpa menjawab. Penyoal itu bertanya, “Adakah kamu tidak mahu menjawabnya?” Jawab Imam Syafie: “Sehingga aku mengetahui adakah kelebihan terletak pada jawapanku atau pada diamku”.
Kalaulah para salaf amat berhati-hati dalam menyebut hukum Allah, dan tidak segan menyebut, “Aku tidak tahu”, apakah kita yang amat jauh dengan ilmu masih malu menyebutnya, dan memandang ringan dalam mengucapkan satu-satu fatwa?!!

Sumber : http://abuumair1.wordpress.com/2008/07/04/saya-tidak-tahu/

Wednesday, June 4, 2008

Penjelasan Email Berantai

Assalamualaikum,
Pertama sekali, terima kasih di atas email yang menyedarkan ini. Saya pasti anda semua pernah mendapat email ini kerana nama anda terdapat dalam mailing list ini. Dan anda juga pasti pernah forward email ni kepada rakan2. Sekiranya anda belum pernah menerimanya, di harap email ini tidak mengganggu. Jadikanlah ia sebagai rujukan.

Diakui, niat pencipta email adalah untuk mengingatkan kita supaya tidak bercakap bohong dan tidak membawa cerita2 yang tidak sahih.Adakah kita sebahagia daripada golongan yang dimaksudkan? Sudah tentu tidak.

Akan tetapi, mari kita kaji kandungan email yg diterima. Dari teks email, nyatalah, semua riwayat ni datang dari Rasulullah dan setiap yang datang dari Rasulullah adalah hadis dan sunnahnya.

Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nantiialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia makadi hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah darilidah api neraka jahannam".
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang sukamembesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: "sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "
Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s.maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepadaikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuhbinatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.


Hanya teks yang diwarnakan biru sahaja bersumberkan hadis yang sahih.
إن شر الناس ذو الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه وهؤلاء بوجه
Direkod oleh Bukhari dan Muslim.

Dan teks berkenaan Nabi Adam A.S adalah dari Al-Quran.
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al Baqarah : Ayat 34)

Selebihnya (yang dimerahkan) tidak dijumpai dalam mana2 hadis dhoif(lemah) mahupun maudhu(palsu). Ini bermakna hadis ini tidak pernah direkod oleh mana2 ulama hadis terdahulu seperti Bukhari, Muslim, Ahmad, dsb. Hadis ini palsu dan baru dicipta.

Apa salahnya mencipta hadis utk tujuan kebaikan? Matlamat tidak menghalalkan cara. Rasulullah telah sendiri melarang kita berdusta diatas namanya seperti dinukil dalam beberapa hadis di bawah :

Daripada Hafs bin Asim katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar". (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Daripada al-Mughirah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berdusta atas namaku bukan seperti berdusta atas nama salah seorang kamu. Maka sesiapa dengan sengaja berdusta atas namaku, hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tidak gentarkah kita dengan amaran Rasulullah ini.
Hadis2 yg dicipta dengan menggunakan akal akan menampakkan keburukan Islam. Agama lain dengan mudah boleh menyerang Rasulullah dengan kelemahan fakta seperti kes lidah ikan ini.

Islam tidak menolak sains.
Anda waras untuk berfikir. Sekiranya anda ragu2, bertindaklah dengan bertanyakan sumber kepada penghantar email.
Jangan terlalu cepat menekan butang Forward. Anda ada masa untuk membaca email yang berpuluh. Maka luangkan sedikit masa untuk mencari kebenaran pula.

Diharap email ini dapat diforward kepada saudara/saudari yang pernah suatu ketika menghantar kepada anda.

Kita semua insan yang masih belajar.

WA
Hellilyntax

Sunday, May 11, 2008

Renungan Buat Pengarah Filem

Dengan kemajuan teknologi yang kita nikmati sekarang, banyak kemudahan yang dapat kita manfaatkan darinya. Tidak ketinggalan juga industri hiburan kita yang semakain hari semakin rancak dan maju kehadapan. Penggunaan kasan khas, CGI dan kesan bunyi yang canggih dapat menghasilkan kepuasan kepada peminat-peminat filem tempatan. Diakui, industri filem kita telah keluar dari kepompong lama yang hanya bersajikan kisah percintaan yang dilakonkan artis-artis pujaan.

Kehadiran pengarah-pengarah baru seperti Ahmad Idham, Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki dan yang seangkatan dengannya sedikit sebanyak memberi impak besar kepada industri perfileman tanahair sekaligus membuka satu paradigma baru kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu.

Dari sudut hiburan, ini satu perkembangan yang baik kerana filem-filem kita telah mula diterima oleh negara-negara luar. Kualiti sinematografi yang sudah hampir menjejaki Hollywood amat membanggakan. Adalah tidak rugi bagi mereka yang membayar RM untuk tontonan di pawagam kerana ia agak memberi kesan. Kreativiti pengarah-pengarah baru ini sedikit sebanyak dapat membuka minda penonton untuk memerima satu bentuk pemikiran yang subjektif. Contohnya seperti filem Mukhsin, Gubra, Anak Halal dan terbaru, Akhirat. Filem-filem ini begitu subjektif. Sesetengah peminat filem sangat gemar menonton filem dari 'genre' ini.

Disebalik perkembangan terbaru ini, ada beberapa perkara yang membuatkan hati saya sedikit gentar. Kemanakah hala tuju industri kita? Sejauh mana keikhlasan pengarah dalam filemnya? Kita disogokkan dengan 'review' menarik dari pengkritik-pengkritik filem tanah air dalam media-media hiburan. Namun siapa yang mempersoalkan keikhlasan pengarah? Tiada. Lihat saja pada filem-filem seperti Remp-It. Komen dari pengarah, moral filem ini ialah untuk menunjukkan keburukan sifat 'rempit' itu namun 80% dari filem itu seakan-akan mempromosi gejala 'rempit'. Hanya babak akhir yang membawa nilai positif. Kenapa tidak hanya 20% diperuntukan untuk babak rempit dan 80% lagi kesan-kesan buruk rempit? Adakah keadaan ini akan membuatkan penonton rasa bosan? Seorang pengarah yang baik dapat memanipulasikan apa-apa keadaan sekalipun untuk menghidupkan cerita. Lihat saja filem Castaway, kenapa 1 watak saja dapat menghidupkan filem itu?

Kini, filem genre 'Horror'/SG kembali ke persada tanah air dengan wajah baru.Kesan khas, bunyi dan CGI dipadukan dan hasilnya amat menarik. Kesan 'takut' menembusi minda penonton hingga ke kamar tidur. Tiada lagi darah pencelup, muka yang ditempek dan muzik ala-ala twilight zone. Tidak lama dahulu, genre 'SG' ini diharamkan kerana unsur khurafatnya oleh kerajaan. Apa sudah jadi? Bukan saja di pawagam, ia semakin hari semakin banyak di kaca tv. Bermacam-macam kepercayaan dilambakkan. Yang pastinya, kesemuanya dimasukkan unsur-unsur Islam sebagai seteru kepada kuasa jahat. Sekali lagi, sejauh mana kajian pengarah keatas Islam hingga sanggup memanipulasikan ayat-ayat Allah secara semberono? Adakah mereka mengambil berat? Adakah mereka ikhlas? Lihat saja filem yang akan ditayangkan ini :




Di kaca tv pula, siri-siri seperti Susuk, Anak Pontianak, Saka, Seekers dsb disogokkan bertali arus. Kelihatan idea pengarah-pengarah ini seperti air mengalir. Mudahnya untuk menghasilkan filem. Ambil apa saja yang terlintas di hati dan terdengar di telinga.

Manakala siri-siri yang hanya berkisar tentang orang kaya juga banyak. Contohnya seperti SPA Q, Air Mata Maria, Datin Diaries, Bella dsb, hanya berkisarkan tentang perebutan harta dan wang ringgit. Yang jahat tetap menang selagi cerita tidak sampai kepenghujungnya walaupun hanya dengan tindakan 'bodoh'. Yang baik akan tetap kalah biarpun sampai ke episod yang ke-1000 selagi cerita tidak habis. Polis, mahkamah, dan badan berkuasa pun tidak mampu untuk selesaikan satu jenayah mudah. Dan akhirnya yang baik akan menang dengan hanya satu jalan mudah apabila tiba masanya. Kesimpulannya, siapa yang diperbodohkan pengarah?

Kesimpulannya, disebalik perkembangan industri perfileman kita, kelihatan seperti pengarah-pengarah berpotensi semakin hanyut dalam keghairahan mengaut keuntungan dan menjadi popular. Keikhlasan menukilkan karya amat penting kerana faktor filem sedikit sebanyak dapat memberi kesan ke atas minda kanak-kanak dan remaja. Mereka haruslah memikirkan permasalahan umat yang dapat dibendung dengan hanya secebis karya. Banyak lagi kisah baik yang belum difilemkan. Banyak lagi dimensi yang belum diterokai. Tidak hanya ada pada orang kaya, orang kacak/cantik dan orang kota. Apa maksudnya? Bagaimana? Seorang pengarah yang baik dapat memahaminya.
Saya juga tertanya-tanya, kemana perginya semua pengarah yang bagus dalam menagani isu Fitna? Tidak bolehkah dengan otak yang cemerlang dan kreatif menghasilkan satu filem pendek untuk menjawab FItna? Berapa lama perlu diambil? Sehari? Seminggu? Sebulan? Seorang pengarah yang baik pasti dapat menghasilkannya tanpa bajet yang besar dalam jangkamasa yang singkat.

Persoalannya, siapa yang bertanggungjawab untuk menasihati mereka ini?

WA

Hellilyntax

Imam Syafie Dan Orang Melayu

Kenali Imam Syafi'i dengan lebih dekat.

Klik gambar untuk video.

Tuesday, September 25, 2007

Perihal Jin & Syaitan

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. (So, smoker tu faham2 la ye....)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


p/s: Untuk mendengar kuliah ini dgn lebih lanjut...sila ke http://surau-alikhlas.net/IsmailKamus.php


Sunday, September 23, 2007

Apabila Wanita Mengandung

Kepada sesiapa yang sudah berumahtangga dan sudah memiliki cahaya mata ataupun 'sedang' memiliki cahaya mata, sudah tentu amat memahami tulisan ini.

Apabila bercerita tentang mengandung, isu yang biasanya timbul ialah pantang larang, petua dan mengidam yang wajib dipatuhi. Secara tidak sedar amalan ini telah lama melekat dalam minda-minda Melayu sehinggakan bertukar menjadi sesuatu yang sukar untuk dibuang.

Banyak pantang larang seperti cara pemakanan, pemakaian, pertuturan yang sesetengahnya memanglah positif tetapi ramai dikalangan kita tidak mengetahui hakikat sebenar sebab musabab ianya dilakukan. Samalah seperti masalah dalam bermazhab. Kekadang amalan ini membendung Melayu untuk terus bersaing dalam dunia yang semakin moden ini. Contohnya seperti pantang larang memakan sesetengah buah-buahan. Fakta begini diberi bukanlah dari sudut kesihatan. Ianya cuma dari mulut orang-orang tua yang mentafsirkan kategori buah-buahan panas dan sejuk. Walaubagaimanapun, pakar bayi selalu menasihati ibu-ibu mengandung supaya memakan buah-buahan dengan banyak untuk vitamin bayi.

Pantang larang yang paling digeruni ialah menzalimi binatang. Akibatnya akan terbalas kepada bayi dengan kelahiran yang tidak sempurna seperti cacat anggota. Kita harus tahu, menzalimi binatang memang diharamkan dalam Islam pada setiap keadaan sekalipun. Namun dalam kondisi mengandung, mengapa ianya menjadi begitu wajib untuk dipatuhi. Harus diingat, keadaan bayi yang kurang sempurna bukanlah disebabkan kezaliman ibubapa. Kekadang ibubapa diuji Allah dengan keadaan itu. Tapi, bagi pengamal kepercayaan ini, fitnah akan timbul dengan membawa cerita-cerita kezaliman ibubapa dimasa mengandung. Kekadang, keadaan menjadi semakin serius apabila pekerja seperti nelayan, tukang sembelih dan pekerjaan yang melibatkan haiwan, mereka takut dan was-was dalam pekerjaan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Dalam petua-petua seperti membaca surah Luqman untuk anak yang cerdik, membaca surah Maryanm untuk mendapat anak, membaca surah Yusuf untuk mendapat anak lelaki, walaupun ianya berunsurkan Islam, ia pun telah disahkan tiada nas yang mengatakan khasiat ayat-ayat tersebut keatas bayi. Tetapi bacaan Al-Quran memang baik untuk pendengaran sama ada kita yang telah dewasa ataupun bayi dalam kandungan. Oleh itu pilihlah mana-mana surah di dalam Al Quran. Keadaan seperti ini menyebabkan amalan yang baik hanya dilakukan mengikut keperluan. Perkara ini sudah lali dalam masyarakat Melayu.

Penekanan paling besar dalam hal mengandung ini ialah mengidam. Semua orang mengakui hakikat ini namun sejauh mana kebenarannya? Dari cerita klasik Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Dang Anum menjadi korban akibat memakan nangka di raja. Dari bilik-bilik kursus perkahwinan, ustaz-ustaz menyogok calon-calon dengan cerita lucu berkenaan mengidam ini sampaikan ada yang makan sabun, selipar jepun, tidak boleh mencium bau badan suami dan lebih parah lagi, ianya juga boleh terkena kepada suami. Dari mulut ibu mertua pula, macam-macam nasihat diberikan bagi keperluan menunaikan hajat isteri.

Kita percaya bahawa perempuan yang mengandung akan mengalami sindrom mengidam. Namun, setelah zaman berlalu, ianya bertukar kepada amalan apabila mengandung hinggakan fakta songsang orang tua-tua mengatakan ianya kehendak bayi dalam kandungan.Sekiranya tidak dipenuhi, dikhuatiri akan mendatangkan kesan kepada bayi.

Kajian sains mengatakan ianya ada kaitan dengan hormon. Perubahan hormon ini menyebabkan keletihan, muntah-muntah, emosi mudah tersentuh, marah-marah dsb. Perubahan hormon wanita memberi kesan yang ketara terhadap emosi seperti juga Premenstrual Syndrome (PMS). Namun, kesan sindrom ini hanya disebabkan gangguan psikologi kepada wanita dalam keadaan tidak selesa. Setelah teknologi menghasilkan tuala wanita yang lebih selesa, kita sudah jarang mendengar PMS ini disebut-sebut. Begitu juga keadaannya dengan sindrom mengidam ini. Jika dilihat dari pelbagai sudut, kita dapati wanita dalam keadaan serba kekurangan tidak menghadapi masalah ini. Tapi wanita yang bisa mendapat apa yang dihajati mula meminta-minta perkara yang diluar jangkauan. Ini adalah kerana kawalan psikologi bagi wanita yang tahu dia tidak mampu mendapatkan apa yang dihajati lebih kuat dari kawalan wanita yang selalu meminta-minta. Anak yang manja dengan ibubapa sanggup tinggal bersama ibubapa untuk mendapatkan menu-menu yang berlainan setiap hari. Namun wanita yang tahu suaminya hidup sederhana, selesa memakan menu yang sama setiap hari.

Dengan ini, faktor kawalan psikologilah yang sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam mengatasi sindrom mengidam ini. Kecekalan wanita membawa kandungan selama sembilan bulan amat dihargai. Mungkin faktor inilah yang kekadang menyebabkan wanita itu mahukan sesuatu yang istimewa dalam tempoh tersebut. Si suami pula cuba melakukan apa sahaja demi isteri tercinta. Akan tetapi, gejala ini semakin berlarutan sehingga akan membawa kepada keperluan memenuhi kehendak ibu yang mengandung. Ia mungkin suatu masalah yang boleh dipandang ringan kerana hanya melibatkan makanan. Tetapi, masalah yang sebenarnya ialah, ia sudah menjadi kewajipan dan mendatangkan kepercayaan karut yang memundurkan masyarakat. lihat sahaja masyarakat barat yang tidak menekankan gejala ini dalam kehidupan mereka. Wanita mengandung masih lagi energatik, produktif selagi belum sampai masanya. Masyarakat kita hanyalah fikirkan makanan apa yang hendak dipenuhi bagi menghilangkan mengidam. Apakah ini dapat membantu?

Mungkin ramai wanita yang tidak bersetuju dengan pandangan saya. tetapi fikirkanlah apa yang terjadi pada kenduri arwah, tahlil, talkin, yasinan...ia memang sukar untuk dibuang. Pada suami yang menghadapi isteri yang mengidam dengan teruk, mereka akan tahu. Saya bercakap melalui pengalaman. Saya mencuba dakwah psikologi berkenaan tabiat mengidam ini kepada isteri saya yang bakal melahirkan anak pertama Januari ini, Alhamdulillah, tiada masalah mengidam. Jalan takwa adalah ubatnya. Tahniah kepada isteri tercinta.

Monday, August 13, 2007

Asal Usul Melayu

Sumber : ms.wikipedia.org

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.


Teori Yunnan
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.


Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.


Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.


Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.


Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Yahudi, Israel dan Judaism

—————————————
Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid
Fellow MANHAL PMRAM
Kaherah, Mesir.
—————————————




Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70)

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan". (al-Baqarah : 79)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka".

Bagi mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan permasalahan keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil. Maka dengan ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama Yahudi dalam semua aspek kehidupan keagamaan dan politik.

Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan selainnya telah bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan kitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa saya mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik permasalahan ini.

Saya berpendapat bahawa ia tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka adalah "Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya diciptakan untuk berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika kita dapati hidup berasingan merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka. (Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi ummat yang khusus di kalangan semua bangsa di muka bumi) Safar pengulangan 7/16.

Jadi, dari sini dapatlah diketahui rahsia yang menjadi pendorong kepada bangsa Yahudi agar berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata lain kitab Taurat berjaya menghimpun bangsa Yahudi untuk menghayatinya dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian yang berbeza dari bangsa lain.

Kajian mengenai ilmu sejarah keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami akan pegangan aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.

Melalui kertas kerja yang ringkas dan tak seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan mengenai sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil, kitab-kitab suci seperti Taurat, beberapa permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang menjadi anutan dalam agama Yahudi dan penyelewengan serta pendirian Islam terhadap permasalahan ini. Saya berharap dengan perbincangan ini dapatlah memberi sedikit gambaran agama Yahudi dan penyelewengan serta tabiat semulajadi orang-orang Yahudi.

Buat akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan kertas kerja ini dan tidak lupa juga kepada isteri saya yang banyak membantu saya.

Wassalam.

Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid
Fellow MANHAL PMRAM



MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL.

1. YAHUDI

Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

2. IBRAN

Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan’an, Kaldan, Ibrani dan Masri.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

3. ISRAEL

Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar pembentukan alam 32/28.

SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI

Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.

1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.

2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.

3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.

4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan’an juga telah meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan’an dikenali dengan nama Bumi Kan’an .

5. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan’an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan’an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.

6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.

7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan’an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra’ yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.

8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.

9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.

10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.

11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).

12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.

13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan’an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.

14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.

15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.

16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.

17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.

18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-

i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam’un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.

ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.

iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.

iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.

BAHASA IBRIAH

19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan’an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara keagamaan sahaja.

PENGASINGAN BANGSA YAHUDI

20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :-

i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala.
ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan.

21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal.

22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain.

23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi.

BANI ISRAEL DI MESIR

24. Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan.

25. Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.

26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.

27. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-

i. keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi di zaman Haxsos
iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir.

28. Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.

BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR

29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.

31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.

32. Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .

33. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .

34. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka .

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.

37. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .

38. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan’an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.

39. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

40. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.

41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha’ Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha’ dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.

BANI ISRAEL DI BUMI PALESTIN

42. Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di bumi Palestin selama 500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka tidak pernah merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.

43. Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah dibahagikan kepada 3 zaman : -

i. Zaman pemerintahan Qadi (hakim)
ii. Zaman pemerintahan beraja
iii. Zaman perpecahan dan kehancuran

ZAMAN PEMERINTAHAN HAKIM

44. Seperti yang telah disebut di dalam "Safar Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan Hakim selama 4 kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya 1 kurun sahaja . Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim kerana yang dipilih di kalangan dua belas puak Bani Israel mempunyai kuasa tertinggi namun setiap puak mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri yang dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah akan tetapi keputusannya tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada kepimpinan puak tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat.

45. Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan ianya seorang lelaki malah terdapat juga di kalangan Hakim yang memerintah beberapa orang perempuan.

ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA

46. Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit memberontak di atas kezaliman yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah. Bani Israel telah pergi berjumpa dengan seorang Nabi di kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta daripadanya supaya melantik seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang berpecah belah agar dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah musuh-musuh mereka.

47. Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja dan panglima mereka untuk memerangi orang-orang Kan’an.

48. Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s adalah salah seorang daripada tentera telah dapat membunuh panglima tentera Kan’an yang bernama Jalut. Semenjak dari itulah nama Nabi Daud a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan dia bertindak memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.

49. Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang Kan’an serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel dengan menyerang mereka. Akhirnya Nabi Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2 bagi Bani Israel sepertimana yang disebut di dalam "Safar Syamwil Yang Ke-2".

50. Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun yang pertama dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas daripada itu, dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu negara kepada kerajaannya .

51. Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang terbaik di zaman kewujudan Bani Israel di bumi Palestin. Ini disebabkan oleh 2 unsur utama : -

i. Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon
ii. Nabi Daud a.s telah mengadakan perjanjian damai dengan raja Finique yang bernama Hairon.

52. Nabi Sulaiman telah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya. Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani Israel berada di kemuncak kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman telah mengadakan ikatan kekeluargaan di antaranya dengan Shisyak iaitu raja Mesir.

53. Selepas daripada itu kerajaan Bani Israel menjadi lemah disebabkan oleh : -

i. Hidup dalam kemewahan dan suka berfoya-foya.
ii. kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman.
iii.Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan-perempuan simpanan
iv.Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba’am.

ZAMAN KEHANCURAN

54. Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua puak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak lagi enggan memberi sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba’am yang pernah mengetuai pemberontakan di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja mereka. Pada ketika itulah kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -

i. Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba’am. Negara mereka bernama kerajaan Yahouza.
ii. Kerajaan Utara, ibu negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang pertama ialah Yarba’am. Negara mereka dinamakan kerajaan Israel.

KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAEL

55. Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya’ Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.

56. Pada tahun 608 sebelum masehi, kerajaan Mesir bersama bala tentera yang besar telah menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza. Dalam peperangan tersebut mereka mendapat kemenangan dan mereka meneruskan serangan ke utara sehinggalah kerajaan Israel yang berada di bawah taklukan kerajaan Ashur jatuh ke tangan mereka.

57. Kejatuhan kerajaan Israel ke tangan orang-orang Mesir telah menimbulkan kemarahan Maharaja Bakhtanshar lalu berlakulah satu pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir dan Babylon. Akhirnya Maharaja Bakhtanshar dapat menawan kembali kerajaan Israel sekaligus dapat merebut takhta kerajaan Yahouza dari tangan Maharaja Mesir. Maharaja Bakhtanshar telah membunuh raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama Sidqia dan menghancurkan bandar Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel keluar dari negara mereka. Ini berlaku pada tahun 586 sebelum masehi dan mereka dikenali sebagai tawanan Babylon.

BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA

58. Selepas kehancuran kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani Israel di bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi Kerajaan Babylon telah jatuh ke tangan orang-orang Parsi. Ketika itu Raja Parsi telah membenarkan orang-orang Yahudi yang hidup di pelusuk negara Babylon pulang ke tanahair mereka.

59. Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi tidak ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih suka hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin.

60. Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israel bangkit memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan Rom telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka keluar dari Palestin.

61. Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut ditolak oleh mereka.

62. Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.

63. Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di antara syarat penyerahan kota suci ke tangan orang islam ialah tidak dibenarkan seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.

KITAB SUCI ORANG YAHUDI

64. Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab suci iaitu:-

a . Perjanjian lama.
b . Talmut.

65. Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih utama dari kitab Talmut walaupun ada dikalangan sarjana pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab Talmut lebih utama dari kitab perjanjian lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama dan akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan menyentuh pengamalan terhadap kitab Talmut

66. Kitab Talmut ialah tulisan tulisan riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada pendita-pendita Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama.

67. Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian. Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf beberapa Safar dalam kitab perjanjian lama.

68. Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah 5 Safar Musa yang dinamakan dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk Safar Musa (Taurat).

69. Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan, doa dan sejarah perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada Safar-safar yang boleh diertikan sebagai surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.

70. Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama :-

a . Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch ).
b . Safar-safar sejarah.
c . Safar-safar doa dan syair.
d . Safar kenabian.

Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai Safar Musa atau Taurat manakala bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam agama Yahudi.

SAFAR MUSA

71. Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia adalah sebahagian dari kitab perjanjian lama dan mengandungi 5 Safar iaitu:-

a . Safar ciptaan alam.
b . Safar penghijrahan.
c . Safar pengulangan.
d . Safar Kaum Lawai.
e . Safar Bilangan.

72. "Safar ciptaan alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam, Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia juga menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya Ishak dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir dan berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.

73. "Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan Bani Israel selepas kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel keluar dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani Israel.

74. "Safar kaum Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah satu dari 12 puak Bani Israel. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Safar ini merupakan safar yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka.

75. "Safar bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka terselamat dari Firaun - Mesir iaitu seramai 603550 orang kecuali pemuda dari puak Levi.

76. "Safar Ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam dan syarat yang terdapat dalam safar Levi.

SAFAR SEJARAH

77. Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-

a. Safar Yasyu’. (Seorang panglima perang yang telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke kota Palestin.)
b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel ketika awal mereka berada di bumi Palestin.)
c. Safar Raja I.
d. Safar Raja II.
e. Safar Raja III.
f. Safar Raja IV.
g. Safar Hari-hari I.
h. Safar Hari-hari II.
i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.)
j. Safar Azra.
k. Safar Nahmia.
l. Safar Tubia.
m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan raja Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israel.)
n . Safar Yahoudid.
o . Safar Mukabi I.
p . Safar Mukabi II.

SAFAR DOA DAN SYAIR.

78. Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-

a . Safar Ayub. d . Safar Himpunan.
b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.
c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.


SAFAR KENABIAN.

79. Safar kenabian terdiri dari:-

a. Ashaia. h. Amus. o. Hiji.
b. Armia. i. Oubdia. p. Zakaria.
c. Barukh. j. Yunan. q. Malakhi.
d. Hazkial. k. Mikha. r. Safar Hikmah.
e. Dania. l. Nahum. s.Yasyu’Sirakh.
f. Husya’. m. Hebkuk.
g. Yuail. n. Sofnia.

80. Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita dongeng,kata-kata hikmah,pesanan dan syariat.Uslub penulisannya berbeza diantara satu safar dengan safar yang lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh yang menggambarkan penderitaan dan kesedihan.Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang ganas dan tidak bertamadun.

BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN.

81.a. Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian lama.
b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama.
c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama.
d. Hari Kiamat.

82. Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada mentauhidkannya. "Sesungguhnya telah kami utuskan untuk semua ummah para utusan bagi mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut". (Surah al-Nahl : 26).

83. Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah. Nabi Musa adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah diselewengkan seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang diukir atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah, di dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar penghijrahan Ishah ke-20, ayat 3.

84. Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israel tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas kewafatan Yusya’ bin Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah menyembah apa yang disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba’lim. Salah seorang raja Bani Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya. Sekaligus menghalau para pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala. Di awal perpecahan kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel telah membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan mereka dari pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh Yarbaam.

85. Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan dapati Bani Israel telah beberapa kali mengsyirikkan tuhan mereka dengan menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di sekeliling mereka atau yang dibuat oleh mereka sendiri.

86. Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama merupakan gambaran kepada kecenderungan Bani Israel dan keperibadian mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik jika tuhan yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua kepada kumpulan penyamun.

87. Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah menyerupai seorang manusia dan bergelut dengan Nabi Yaakub sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu mengalahkan Nabi Yaakub melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang berjaya mematahkan peha Nabi Yaakub.

88. Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan hasratnya untuk menghancurkan hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah dipujuk oleh nabi Musa. Sebaliknya dia merasa sedih dan menyesal.

89. Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi, semestinya kita akan menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka adalah rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi di suatu tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut sebagai penzina, penipu dan pembunuh yang tidak berperikemanusiaan.

90. Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s telah mencipta sebuah patung yang berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israel sewaktu ketiadaan nabi Musa disebabkan oleh perasaan dengkinya.

91. Di dalam "safar samwil ke-2" telah menceritakan bahawa Nabi Daud pernah mencintai seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di istananya di Aour Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat seorang perempuan yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik perempuan tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia telah memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian lelaki berkenaan sampai kepada nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman.

92.Mengenai Nabi Sulaiman pula, perjanjian lam telah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700 orang isteri di kalangan perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba. Setengah daripada isterinya itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, Nabi Sulaiman sentiasa menyembah berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada akhir hayat beliau.

93. Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa Nabi Musa telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan solat serta beriman dan yakin akan kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata. Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan di dunia ini.

MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI.

94. Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab, di mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding dengan yang lain.

95. Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut ialah pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan kepercayaan terhadap kebangkitan selepas kematian.

96. Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-

a. Farasiyun (Rabbaniyun) d. Hadasiyun
b. Soduqiyun e. Samiriyun
c. katabah f. Qurraayun.

97. Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani Israel di Palestin yang disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan ini menyeru Bani Israel agar kembali berpegang kepada aqidah mereka yang asal sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa hanya dengan kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk mengembalikan kegemilangan mereka.

98. Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada pandangan mereka balasan baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka bumi ini. Adapun orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.

99. Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab yang bernama Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci. Para pendita mereka yang bergelar Hakamah adalah maksum iaitu terpelihara dari segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal di dalam jiwa orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada seseorang bahawa tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.

100. Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah gerakan politik yang berasaskan agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara Israel. Mereka kadang-kadang menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogankata yang mereka gunakan ialah "matlamat menghalalkan cara".

101. Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan. Mereka beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja.

102. Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab Taurat sahaja yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri daripada orang-orang bangs.a.w.an yang menghormati undang-undang negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Taurat.

103. "Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai cara hidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Mokabi di sekitar tahun 173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan adat resam. Orang-orang Hasadiun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara aman dan damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan. Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang mana perkahwinan merupakan kewajipan agama.

104. Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah seorang dari ulamak di kalangan orang Yahudi yang hidup di Baghdad pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur. Mereka hanya mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan ijtihad dalam meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.

105. Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada sesiapa yang menghendakinya.

PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA.

106. Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:-

i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal dengan keaslianya sebagaimana ia diturunkan.
ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain pula telah hilang atau disembunyikan.

Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran sebagai pengukur kepada kebenaran, keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu wahai Muhammad Al-Quran dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di tangan kamu dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.

107. Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di dalam Safar pembentukan alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s iaitu selama 950 tahun.

108. Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di dalam Safar pembentukan alam yang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada hari yang ketujuh iaitu hari sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa yang mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari tangan orang-orang Kan’an kemudian dibuka, didapati beberapa helai tulisan sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)

109. Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana bahawa kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja dilupakan kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah diturunkan kepada Nabi musa.

110. Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Taurat, secara kesimpulannya terbahagi kepada tiga jenis:-

i. Menepati dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran dan Hadis.
ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan As-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk mendustakannya.
iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah tetapi tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang atau tempat.

Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan membenarkannya. Ia hanya sekadar penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita. Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari di dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu membenarkan apa-apa yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".

PENUTUP

Disepanjang perbincangan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah diubah dan diselewengkan namun ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali syariat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..

RUJUKAN
1.Al-Qur’anul Karim dan terjemahannya.
2. Kitab perjanjian lama.
3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi.
4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid.
5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.